Thursday, July 29, 2010

PENGLIBATAN MAHASISWA DALAM POLITIK LUAR KAMPUS

Baru-baru ini, Ketua Setiausaha Negara (KSN) telah mengumumkan bahawa guru siswazah diberi peluang untuk melibatkan diri dalam politik di Malaysia ini. Secara tiba-tiba timbul pula suara-suara yang mencadangkan golongan mahasiswa turut diberi peluang sebebas-bebasnya untuk terlibat dalam aktiviti politik di luar kampus. Kita tidak tahu selepas ini golongan masyarakat mana pula yang akan dicadangkan untuk melibatkan diri dalam aktiviti politik.

Apa yang ingin ditegaskan disini ialah adakah wajar dengan memberi peluang kepada mahasiswa untuk terlibat dalam parti politik di luar kampus? Adakah dengan memberi peluang ini, maka mahasiswa barulah layak dikatakan sebagai bebas bersuara dan berpendapat? Bagi kami yang masih bergelar mahasiswa ini ada jawapan kepada frasa-frasa tersebut.

Sebagai seorang mahasiswa, kami berpendapat bahawa adalah TIDAK TEPAT sama sekali pendapat yang mengatakan bahawa untuk membuktikan kebebasan bersuara dalam kalangan mahasiswa, maka haruslah diberi peluang kepada mahasiswa untuk terlibat secara langsung dengan politik di luar kampus. Bagi kami sebagai mahasiswa merasakan sekiranya golongan mahasiswa yang rata-ratanya berumur awal 20-an ini terlibat secara langsung dalam parti politik, maka hak dan suara kami hanyalah seperti ‘anjing menyalak bukit’ iaitu sekadar untuk menyukupkan korum atau simbol kebebasan bersuara. Sedangkan hakikatnya golongan mahasiswa yang rata-rata masih muda, junior dan mentah ini tidak boleh sama sekali menyatakan idea atau kata-kata yang bertentangan dengan dasar parti dan kehendak senior2 di dalam parti. Sekiranya kami bertindak sedemikian, kami yakin bahawa dengan mudahnya kami golongan mahasiswa ini akan digantung keahlian atau terus di buang daripada parti. Jadi, dimanakah kebebasan bersuara yang dicanangkan?

Senario kini, melihatkan perpecahan dalam masyarakat mengikut bendera parti. Ramai ahli masyarakat yang tidak bertegur sapa, tidak pergi solat atau kenduri sekiranya berlainan parti dan macam-macam lagi. Jadi, adakah masyarakat ingin melihat perkara-perkara ini diserap masuk ke dalam dunia kampus? Jika orang dewasa pun boleh berpecah mengikut warna parti, inikan pula kami warga mahasiswa yang masih cetek ilmu dan pengalaman di dada.

Kini, golongan mahasiswa sudah banyak dibebani dengan pelbagai tanggungjawab sebagai pelajar IPT. Malah, masa kami cukup terhad dek kerana pelbagai aktiviti luar kelas dan tanggungjawab yang pelbagai. Adakah masyarakat di luar sana ingin melihat bebanan dan tanggungjawab kami terus terbeban sekiranya mahasiswa diberi ruang untuk berpolitik? Dalam masa kini pun masih ramai yang tidak cukup masa dan tidak memperoleh kelulusan cemerlang dalam peperiksaan, ini nak ditambah lagi dengan tanggungan berpolitik di luar yang sudah semestinya menuntut partisipasi yang menyeluruh untuk sesuatu aktiviti parti.

Bagi kami, berpolitik bukanlah satu-satunya medan untuk memupuk kemahiran mahasiswa. Banyak lagi program yang jauh lebih baik daripada menyertai politik dalam membentuk kemahiran kami seperti program jalinan masyarakat, khidmat sosial dan keusahawanan. Cukuplah sekarang mahasiswa ‘disemakkan’ oleh pelbagai hiburan, budaya couple dan lain-lain yang kesemuanya member ‘godaan’ untuk mahasiswa belajar. Janganlah ditambah dengan aktiviti politik yang akhirnya akan memakan atau menyerap masuk ke alam kampus jua jika mahasiswa diberi peluang.

Kepada yang telah dewasa dan Berjaya dalam pengajian di universiti dan kehidupan, diharap hentikanlah dalam mengemukakan idea-idea yang akhirnya akan ditanggung oleh kami sendiri dan bukan kalian yang akan tanggung segala kesannya. Sebagai mahasiswa yang sedar, kami berjanji bahawa selepas 3 atau 4 tahun pengajian di universiti, kami akan menceburi bidang politik secara serius. Tetapi, berilah kami ruang dan masa untuk kami menghabiskan dulu pengajian di universiti agar cita-cita kami dan ibubapa kami tercapai.

Saturday, July 24, 2010

sekitar minggu perkasa putra

minggu perkasa putra pada 4-10 julai 2010 dan pada hari terakhir diadakan Program Senam Seni bersama staf pengurusan universiti yang diadakan sempena Minggu Perkasa Putra Universiti Putra Malaysia (UPM) sesi 2010/2011 di Bukit Ekspo UPM baru-baru ini.so layan kan je gambaaaa neh...

Tips Kesihatan di kala ILI (influenza Like Illnesess) melanda

Anda sihat? Ke pening? Selsema? Batuk? Sakit tekak?
Haaa ..itu tanda-tanda ILI. Di bawah ini mungkin gaya hidup yang boleh anda ikuti dengan mudah.

Malaysia panas kan?
So, minum air banyak2! Especially air kosong/air mineral. Jangan minum ais diwaktu tengahari sebab nanti sakit tekak. Digalakkan juga minum air buah.. jus tu kan elok.. byk vitamin lagi.

Makan itu penting.
Nak makan apa?
Sila makan makanan berkhasiat ye…. Portion mesti seimbang. Ada nasi=karbohidrat, ayam/ikan=protein, SAYUR=fiber/mineral, buah-vitamin..
Anda mesti ingat.. makan ikut keperluan perut.. BUKAN makan ikut nafsu.
Bila makan ikut nafsu..tu yang terlebih makan.
Eyh…
Tertukar topic pula. Maaf ye tuan-tuan dan puan-puan. Hihi..

Cuci tangan selalu.
Anda tahu tak betapa banyaknya kuman di tangan anda..
Xpercaya? Sila perhatikan tangan anda.. belek-belek…
Cantik tak tangan anda tu? Bersih tak? Bersinar??
Ape kate anda scan.. eyh, ada scanner ke?
Kempen kebersihan kata –“sila cuci tangan selama 1 minit dengan cara yang betul.”
Paling senang juga, anda boleh beli sanitizer dan simpan sahaja di poket/beg anda.
So anda boleh guna sanitizer tu bila-bila masa kan?

Bile bersin, apa yang perlu kita lakukan??
Mestilah tutup hidung dan mulut.
Hachhumm! Oooopssss
Sila gunakan tisu ataupun kain yang bersih ye..
Nak di ingatkan, jangan REUSE tisu yang telah digunakan.
Kebersihan itu amalan mulia.

Elakkan berada di tempat awam yang ramai.
Seperti-panggung wayang, konsert, pasar malam dan sebagainya.
Pengedaran virus berlaku besar-besaran dan bebas diketika itu.
Mengapa???
Ini kerana, kita tidak mengetahui adakah masyarakat yang kita jumpa tu sihat-sihat belaka.
Manusia ka ada macam-macam perangainya. Yang dah demam pon degil nak pergi ke tempat awam jugak. Oleh itu daripada kita merawat nati,lebih baik mencegah bukan?

Bersenam!
Anda suka bersenam??
Bersenam kan bagus untuk kita. Jaminan untuk masa hadapan lagi. Selain menguatkan kan otot-oto dan sendi-sendi, bersenam juga bagus untuk sistem badan kita. Sekurang-kurangnya, kita digalakkan melakukan aktiviti bersenam sebanyak dua kali seminggu.
Jaga-jaga pastikan tempat anda bersenam itu, selamat ya. Pastikan tiada kerajaan nyamuk denggi di tempat berkenaan. Nanti, kita didenda dengan gigitan nyamuk denggi, takot terkena denggi pula. Kan payah.

Mandi pagi sebelum matahari terbit
“erk..taknak mandi pagilah….SEJUK!”
Pilihan yang mana anda ingin pilih?
Mandi air sejuk ataupun kesihatan yang tidak ok???
Mandi pagi bukan sahaja menyegarkan kita, malahan Al-Quran juga ada mengajar kita supaya mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Jangan merokok..
UPM kan kawasan larangan merokok. In fact, kan membazir beli rokok. Cune anda bayangkan..rokok tu sama dengan duit. This mean, anda bakar duit anda sendiri!
Wau…! Kayanya anda! Iye.. anda memang kaya..

nak jadi macam neh? silaaa kan merokok!!

Setakat ini sahaja tips kita kali ini. Mudah bukan? Selamat mencuba! Eyh.. macam suruh cuba resipi masakan baru pula. Ini pon resipi kan.. resipi kesihatan. Jumpa lagi di entri seterusnya.

ape korang patut tahu?

Isu Pengangkutan.

Bas upm sesak!!!!!!!!!!!!!!!!
Bermulanya semester baru yang bermula pada 12hbjulai 2010 baru-baru ini telah menyebabkan kesesakan pelajar menunggu bas.hal ini juga berkait rapat dngan isu kenaikan minyak yang menyebabkan para pelajar enggan membawa kenderaan sendiri ke kampus.kesesakkan pelajar menaiki bas berlaku pada watu-waktu puncak pada pukul 7 hingga 9 pagi dan 12-2 petang 4.30-6 petang…

Isu Makanan

Untuk pengetahuan saudara dan saudari,harga mkann di UPM antara isu hangat yang diperkatakan sejak dahulu lagi.harga makanan di UPM terlalu mahal berbanding harga makanan di luar. Kualiti makanan yang kurang bersih disamping fasiliti yang tidak menggembirakan pengunjung. Melalui borang soal selidik yang di edarkan kepada para pelajar, hampir 90% pelajar menyatakan harga makanan di UPM terlalu mahal berbanding makanan yang di jual di luar UPM. Selain itu, makanan yang di jual di dalam kampus juga mempunyai kuantiti yang sedikit dengan harga yang mahal. Namun, para pelajar tidak mempunyai pilihan yang lain kerana mereka tidak mempunyai kenderaan untuk makan di luar. Makanan yang di jual juga tidak mempuyai variasi yang banyak untuk pilihan para pelajar di samping kebersihan cafeteria yang tidak memuaskan.

Isu Keselamatan

Semenjak semester yang lepas, Bahagian Keselamatan UPM telah mengambil langkah drastik dengan menutup beberapa laluan utama untuk ke kolej-kolej kediaman. Faktor utama beberapa pintu utama ditutup adalah kerana ingin menjaga keselamatan para pelajar di kampus berikutan beberapa isu yang telah menimpa para pelajar. Antara isu-isu yang melanda para pelajar ialah kecurian motosikal, gejala social dan sebagainya. Pada mulanya, penutupan pintu-pintu utama ini mendapat protes yang tinggi daripada para pelajar namun selepas didedahkan antara punca-punca pintu ditutup, para pelajar mula mendapat kesedaran.

Outlook for student activism still bleak

They are active university students with promising futures. However, ever since the Hulu Selangor by-election they have fallen one by one under the axe of the Universities and University Colleges Act (UUCA).

Four political science students from University Kebangsaan Malaysia were charged for allegedly campaigning at the by-election, and are engaged in a heated legal battle

PENYELIDIK UPM MENANG 11 PINGAT DI AMERIKA SYARIKAT

PITTSBURGH - Sejumlah enam penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM) pulang dengan enam pingat emas berprestij di Invention New Product Exposition (INPEX) diadakan baru-baru ini di Pittsburgh, Pennsylvania, AMERIKA SYARIKAT pada 16 hingga 18 Jun 2010.

Dr. Helmi Zulhaidi Mohd Shafri dari Fakulti Kejuruteraan dianugerahkan dua pingat, emas untuk kategori Agricultural dan perak untuk kategori perisian Hyperspectral berdasarkan Tree Assessment System, satu produk untuk mengenalpasti dan menilai pokok-pokok yang terdapat di hutan dan dusun-dusun besar di Malaysia.

Produk tersebut bukan saja berupaya untuk mengesan jumlah pokok tetapi ia juga berkeupayaan mengesan tahap kesihatan tumbuhan yang ada sesuai untuk industri minyak sawit dan badan-badan pengurusan hutan.

Emas kedua (kategori perisian) diperolehi Prof. Dr Jamaloddin Noorzaei dari Fakulti Kejuruteraan dengan produknya, Development 3-D Nonlinerar Earthquake Resistance System untuk Framed Building yangberupaya menyerap dan juga untuk fungsi-fungsi keselamatan satu bangunan semasa bencana alam dengan memperbetul satu peredam likat sebagai struktur bangunan konkrit.

Kunci utama ciptaan ini adalah bagi menggantikan perlindungan untuk 1bilion penduduk daripada bencana alam seperti gempa bumi dan tsunami.Ciptaan ini juga telah memenangi pingat perak di bawah kategori pembinaan.

Prof. Dr Robiah Yunus dari Fakulti Kejuruteraan dianugerahkan 3 pingat, perak untuk kategori alam sekitar, dan dua gangsa untuk kategori sains dan tenaga alternatif di atas ciptaannya iaitu Teknologi Inovatif dalam Pengeluaran Biodiesel dari Jatropha Oil.

Dr Hashim Musa dari Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi pulang dengan dua pingat perak dengan produknya, HB Melayu - Bagaimana Melayu Benar Ialah Anda? (pendidikan dan kategori perisian).
Perisian menarik ini direka bentuk untuk mengesan nilai-nilai baik yang masih disemai dalam kalangan orang Melayu sekarang. Penemuan-penemuan yang berjaya ini menyenaraikan 26 keseriusan komponen yang ditemui melalui penyelidikan yang telah dijalankan melalui pantun,sajak, syair dan puisi lama.
Produk ini berpotensi dikomersialkan untuk membangunkan negara dan belia seperti Biro Tata Negara (BTN) dan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).
Dua pingat gangsa yang dianugerahkan kepada Prof.Dr.Suhaila Mohamed dan Prof. Dr.Loh Teck Chwen dengan produk-produk mereka, iaitu produk-produk Mental dan Kesihatan Kardiovaskular daripada daun kelapa sawit dan Novel Natural Feed Additive untuk Monogastic Animals.
Daripada 700 penyertaan di seluruh dunia, Malaysia telah diwakili oleh UPM, UiTM, Uniten dan Beta Factor Sdn Bhd

Pencapaian UPM Diiktiraf Antarabangsa-Tan Sri Nayan

Pro canselor,Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Ariffin menyampaikan ijazah kepada graduan pada

Majlis Konvokesyen UPM ke-33 .

SERDANG – Semua pengiktirafan terhadap Universiti Putra Malaysia (UPM)

memperlihatkan kewibawaan universiti untuk meneroka potensi dan bidang baru pada tahap

yang lebih mendalam seterusnya membuktikan kemampuan UPM muncul sebagai destinasi

pendidikan dan penyelidikan antarabangsa.

Pro-Canselor UPM, Tan Sri Dato’ Dr. Nayan Ariffin berkata bukti kewibawaan UPM telah

ditonjolkan melalui kejayaan dalam bidang akademik, penyelidikan mahupun kokurikulum

oleh warga UPM sendiri.

“Antara kejayaan yang membanggakan adalah kejayaan Dr. M. Iqbal Saripan yang

mencipta komponen baharu dalam pengimejan perubatan nuklear, iaitu Pengkolimat

Jaringan Wayar yang boleh meningkatkan sensitiviti mesin sedia ada untuk mengesan sel

kanser pada peringkat lebih awal dan ini merupakan inovasi baru dalam bidang perubatan

kanser,” katanya ketika memberi ucapan dan menyampaikan Ijazah Doktor Falsafah GSM,

Ijazah Sarjana, Ijazah Sarjana Muda dan Diploma kepada 855 graduan di Majlis

Konvokesyen Ke-33 UPM pada sesi tiga di Dewan Besar, Pusat Kebudayaan dan Kesenian

Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, UPM.

Beliau berkata kejayaan lain adalah Pengarah Institut Penyelidikan Halal UPM, Prof. Dr.

Yaakob Che Man yang telah diiktiraf sebagai saintis pertama menerima Anugerah Saintis

Halal di ‘World Halal Research Summit 2009’ dan kejayaan Kumpulan Penyelidikan dan

Pembangunan Kejuruteraan Perladangan Persis (PREFERD) UPM yang diketuai oleh Prof.

Madya Dr. Abdul Rashid Mohamed Shariff mencipta perisian Sistem Sokongan Keputusan

Spatial.

Dr. Nayan berkata peserta tunggal negara, Mohd. Syamsul Salleh dari UPM telah berjaya

mengharumkan nama Malaysia apabila menjadi juara pertandingan Pidato Antarabangsa

Bahasa Melayu Piala Timbalan Perdana Menteri, kejayaan dua atlet UPM membolot

anugerah sukan Olahragawan dan Olahragawati Majlis Sukan Universiti Malaysia pada

tahun lepas, iaitu Mohd Robani Hassan dan Roslinda Samsu serta atlet memanah UPM

yang turut memenangi Anugerah Khas MASUM dan kejayaan UPM muncul johan pada

Pertandingan Kumpulan Inovatif dan Kreatif peringkat Institusi Pengajian Tinggi Awam

merupakan kejayaan yang mendokong kewibawaan UPM di persada kecemerlangan.

“UPM merupakan institusi rujukan komuniti akademik, agensi kerajaan dan swasta

berdasarkan latar belakang kejayaan UPM yang telah diperolehi dari semasa ke semasa

sama ada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa,” katanya.

Beliau turut memuji inisiatif UPM menganjurkan Persidangan Pemikiran Antarabangsa Kali

Ke-14 yang telah menghimpunkan lebih 250 pemakalah yang terdiri daripada pemikir,

aktivis dan individu berminda inovatif, kreatif dan kritis dari seluruh pelosok dunia.

“Kehadiran tokoh-tokoh pemikir seperti Edward De Bono, Tony Buzan, Howard Gardner

dan Tun Dr. Mahathir Mohamad telah membantu usaha UPM untuk merealisasikan

pemikiran inovatif, amalan dan pertimbangan yang terbaik serta praktikal dalam setiap

aspek kehidupan untuk menggemilangkan kehidupan masyarakat serta memajukan ekonomi

negara.

“Saya berharap usaha murni ini dapat diteruskan dan berupaya diterjemahkan secara

praktikal oleh para graduan dan alumni UPM kerana kejayaan persidangan tersebut turut

diakui oleh Jawatankuasa Antarabangsa Persidangan. Justeru, saya sangat berharap

kejayaan ini tidak disia-siakan,” katanya.

Pada sesi kedua (petang) tersebut Dr.Nayan turut menyampaikan anugerah Profesor

Emeritus kepada Dato’ Ir. Dr. Muhamad Zohadie Bardaie yang telah banyak menabur bakti

kepada UPM dan negara terutamanya sebagai Naib Canselor UPM sebelum ini.

TAHNIAH

Naib Canselor UPM
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM, kerana dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri. Darjah Panglima Setia Mahkota tersebut dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 5 Jun 2010, bersamaan 22 Jamadilakhir 1431H.