Saturday, July 24, 2010

ape korang patut tahu?

Isu Pengangkutan.

Bas upm sesak!!!!!!!!!!!!!!!!
Bermulanya semester baru yang bermula pada 12hbjulai 2010 baru-baru ini telah menyebabkan kesesakan pelajar menunggu bas.hal ini juga berkait rapat dngan isu kenaikan minyak yang menyebabkan para pelajar enggan membawa kenderaan sendiri ke kampus.kesesakkan pelajar menaiki bas berlaku pada watu-waktu puncak pada pukul 7 hingga 9 pagi dan 12-2 petang 4.30-6 petang…

Isu Makanan

Untuk pengetahuan saudara dan saudari,harga mkann di UPM antara isu hangat yang diperkatakan sejak dahulu lagi.harga makanan di UPM terlalu mahal berbanding harga makanan di luar. Kualiti makanan yang kurang bersih disamping fasiliti yang tidak menggembirakan pengunjung. Melalui borang soal selidik yang di edarkan kepada para pelajar, hampir 90% pelajar menyatakan harga makanan di UPM terlalu mahal berbanding makanan yang di jual di luar UPM. Selain itu, makanan yang di jual di dalam kampus juga mempunyai kuantiti yang sedikit dengan harga yang mahal. Namun, para pelajar tidak mempunyai pilihan yang lain kerana mereka tidak mempunyai kenderaan untuk makan di luar. Makanan yang di jual juga tidak mempuyai variasi yang banyak untuk pilihan para pelajar di samping kebersihan cafeteria yang tidak memuaskan.

Isu Keselamatan

Semenjak semester yang lepas, Bahagian Keselamatan UPM telah mengambil langkah drastik dengan menutup beberapa laluan utama untuk ke kolej-kolej kediaman. Faktor utama beberapa pintu utama ditutup adalah kerana ingin menjaga keselamatan para pelajar di kampus berikutan beberapa isu yang telah menimpa para pelajar. Antara isu-isu yang melanda para pelajar ialah kecurian motosikal, gejala social dan sebagainya. Pada mulanya, penutupan pintu-pintu utama ini mendapat protes yang tinggi daripada para pelajar namun selepas didedahkan antara punca-punca pintu ditutup, para pelajar mula mendapat kesedaran.




No comments: