Saturday, July 24, 2010

TAHNIAH

Naib Canselor UPM
Tahniah diucapkan kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah, Naib Canselor UPM, kerana dianugerahkan oleh Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Al-Wathiqu Billah Tuanku Mizan Zainal Abidin Ibni Al-Marhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah, darjah Panglima Setia Mahkota (P.S.M) yang membawa gelaran Tan Sri. Darjah Panglima Setia Mahkota tersebut dianugerahkan kepada YBhg. Prof. Tan Sri Datuk Dr. Nik Mustapha R. Abdullah sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong pada 5 Jun 2010, bersamaan 22 Jamadilakhir 1431H.






No comments: