Thursday, January 27, 2011

GEMPAR.....


PENGAWAL KESELAMATAN UPM DIPUKUL DAN DIKASARI ???

SEHINGGA LAPORAN POLIS DIBUAT????

NANTIKAN LAPORAN KHAS DARI KAMI.


MAHASISWA UPM YANG TERLIBAT HARUS BERTAUBAT!!!!


Wednesday, January 26, 2011

Kumpulan Yang mula menimbulkan kekacauan

Serdang 25/1/2011- terdapat sekumpulan pelajar yang menggelarkan diri mereka pejuang pelajar yang mula membuat kekecohan dari kolej 17->cafe serumpun->putra foodcourt->k10. mereka melakukan konvoi bermotosikal dan mula menggangu pelajar yang sedang menjamu selera.

menurut maklumat yg diterima oleh wartawan kami, mereka mengedarkan buah limau sebagai simbolik perayaan kaum cina tetapi yang peliknya kenapa mereka membuat ucapan ala rapat umum dan mula meneriak student power dan sebagainya dengan menggunak haller. tidakkah ini mula menggangu pelajar-pelajar kita yang sedang menjamu selera. mereka juga mula menyebabkan kesesakan jalan raya apabila berkonvoi dari kolej 17 sehinggalah ke kolej 10.

mereka mula mengatakan mengenai kebebasan pelajar, kumpulan harimau maut dan sebagainya dengan menggunakan haller, tidakkan kita merasa pelik kerana perlukah mengedarkan buah limau sebagai modal untuk berkempen mengenai kumpulan mereka dan mula melakukan mini ceramah serta menunjukkan kebiadapan kumpulan mereka.

jom layan gambaaa di bawah:




perlu kah begini?adakah mereka mempunyai hak untuk membuat perhimpunan?
menggunakan pembesar suara.sehingga menggangu pelajar2 lain

mule terpekik dan terlolong mengalahkan mak limah.

keadaan mula menjadi huru-hara apabila kumpulan ini menimbulkan kekecohan di putra foodcourt

time nak election baru laah nak aktif.PUBLISITI MURAHAN

"SIAPAKAH YANG MENGANGGU PELAJAR"???

lihat lah video di bawahh>....zasssssssss


p/s:yang pegang speaker tuu sudah2 lah- hihihi

Monday, January 17, 2011

terima kasih lah- MPPUPM

terima kasih lah kepada mpp upm yang selama ni banyak bekorban masa dan tenaga banyak menyumbang kebajikan pelajar..walaupun tak banyak aktiviti yang di buat...namun sesuai dengan nama mppupm membelaa kebajikan utama pelajar.itu lebih baik daripada menganjurkan aktiviti yang ntah apa2... kat sini dapat gua list downkan ape yang telah mppupm perjuangkan yang korang sendiri tak nampak.....

1.pintu pagar di kolej canselor telah di lanjutkan pembukaaan sehingga jam 12 tengahmalammm..terima kasih laaa ye mppupm meeting sana sini dgn keselamatan fight untuk pintu pagar nii..terima kasey.

2.isu jalan rayaa...kali ni banyak betul jalan2 yang dah direpair .jalan baruuuu tuuuu..sedap je jalan atas jalan bru...terima kasih mpp yang pegi fight ngan unit berkenaan semata-mataa nak repair jalan kat upm yang dah usang ni...

2. Jalan dikawasan Akademik

- Jalan dikawasan akademik (hadapan fakulti vaterinar sehingga ke hadapan dewan besar dan jalan di sebelum lampu isyarat masjid dari lebuh silikon)sudah diturap.

- Jalan dikawasan Akademik yang lain terutamanya dihadapan Panggung Percubaan sehingga Fakulti perhutanan dan daripada fakulti sains sehingga fakulti Bioteknologi serta kawasan pejalan kaki sepanjang jalan dari Pusat Kesihatan Unuversiti sehingga ke K13 masih dalam proses pembaikpulihan.

3. 3 Pemasangan lampu-lampu di KOSASS, K5, sepanjang jalan di K13 dan parking KTP.

4. 4 Pelajar Luar Kampus (PLK) dan pelajar yang sedang menjalani Latihan Industri (LI) di luar kawasan UPM boleh memohon pengecualian duit pengangkutan sebanyak RM75.00.

5. 5Pengubahsuaian Kolej Serumpun dapat ditangguhkan dan pembuangan pelajar beramai-ramai dapat deselamatkan.

6. 6 Pemasangan USPOt Fasa 2 kini telah selesai.

7. 7.Fakulti Pengajian Alam Sekitar

- Papan notis keselamatan utama di foyer Blok A telah diubahsuai.

- Tong sampah kitar semula telah disediakan.

88 Fakulti bioteknologi & sains biomolekul

- Kemudahan system water cooler yang lebih bersih telah disediakan.

- Alatan makmal yang baru dan yang tidak mencukupi sudah ditambah(mengikut makmal pensyarah).

- Buletin Biomix fakulti telah diedarkan sekurang-kurangnya sekali sebulan .

Wednesday, January 5, 2011

Tidak Perlu Bantu Mahasiswa Membuat Keputusan


1.) Kepada parti politik kerajaan mahupun pembangkang, adalah lebih baik sekiranya isu "mahasiswa berpolitik" tidak dicampur tangan atau disokong oleh mana-mana pihak politik. Kami cukup dewasa untuk menentukan apa yang dikehendaki kami.

2.) Saya berpendapat bahawa mahasiswa mempunyai suara yang tersendiri dan pendirian istimewa untuk mengkritik kerajaan mahupun pembangkang. Oleh itu tindakan menyokong mahasiswa dalam mana-mana isu akan dilihat seperti satu-satu pihak tersebut sedang mengambil hati mahasiswa.

3.) Dalam satu penyataan di dalam Malaysia Kini yang mana seorang pemimpin PKR mengatakan sokongan beliau terhadap Tim Menteri Pengajian Tinggi dalam membenarkan mahasiswa berpolitik adalah satu penyataan yang salah bagi saya. Penyataan yang dikeluarkan adalah "menghapuskan AUKU" yang mana saya merasakan itu tidak masuk akal. http://www.malaysiakini.com/news/140121

4.) Sekali lagi kita dapat menyaksikan bagaimana terdapatnya pemimpin kerajaan mahupun pembangkang yang masih lagi tidak memahami Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). AUKU merupakan satu akta/garis panduan untuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mahasiswa tidak kira dalam berpolitik, meniru dalam peperiksaan, mengedar dadah, mencuri dan sebagainya. BUKAN HANYA UNTUK LARANGAN MAHASISWA BERPOLITIK.

5.) Maka perjuangan untuk menghapuskan AUKU boleh dikatakan tidak masuk akal kerana tanpa AUKU maka sesebuah universiti tidak akan menjadi universiti. Jika AUKU dihapuskan adalah seolah-olah sesebuah negara dihapuskan semua undang-undangnya. Adalah lebih baik sekiranya pemimpin parti politik diluar sana menghadam AUKU terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan AUKU.

6.) Sampai hari ini apa yang dilihat oleh saya adalah ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang sahaja yang memberi sokongan atau bantahan terhadap isu "mahasiswa berpolitik". Jadi persoalan yang suka saya timbulkan adalah "adakah ibu bapa kepada mahasiswa menyokong mahasiswa berpolitik?".

7.) Dimanakah suara ibu bapa yang mempunyai hak dalam menentukan hala tuju hidup seseorang mahasiswa? Pendapat ibu bapa sangat penting dalam menentukan hala tuju isu ini, malah pendapat mereka adalah lebih diperlukan berbanding pendapat parti-parti politik di luar sana yang mempunyai agenda mereka sendiri. Bukan semua ibu bapa menghendaki anak-anak mereka menyertai politik mahupun dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka yang aktif di dalam politik (sekiranya mahasiswa dibenarkan berpolitik).

8.) Sebagai salah seorang YgDipertua, saya mengetahui hala tuju dan keputusan semasa jemaah YDP yang menentukan hala tuju isu ini. Oleh itu, kepada suara-suara ahli politik diluar sana, diharap tidak terlalu teruja untuk membuat keputusan untuk mahasiswa kerana MAHASISWA MASIH BELUM ADA KEPUTUSAN MUKTAMAD dalam isu ini.

9.) Untuk tidak mengeruhkan keadaan kampus, saya berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin politik di luar sana TIDAK PERLU BANTU MAHASISWA MEMBUAT KEPUTUSAN melalui pendapat serta usaha mereka yang terang-terang mempunyai agenda tersembunyi serta kelihatan seperti terdesak mengambil hati mahasiswa.

10.) Cukuplah sekadar membuka jalan dalam memenuhi tuntutan mahasiswa. Mahasiswa mempunyai lesen terbesar dalam melakukan kesilapan, jadi biarlah kami melakukan kesilapan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak lain KERANA KAMI MASIH LAGI DALAM PROSES PEMBELAJARAN.


shazada khan

mpputhm.