Saturday, July 24, 2010

Tips Kesihatan di kala ILI (influenza Like Illnesess) melanda

Anda sihat? Ke pening? Selsema? Batuk? Sakit tekak?
Haaa ..itu tanda-tanda ILI. Di bawah ini mungkin gaya hidup yang boleh anda ikuti dengan mudah.

Malaysia panas kan?
So, minum air banyak2! Especially air kosong/air mineral. Jangan minum ais diwaktu tengahari sebab nanti sakit tekak. Digalakkan juga minum air buah.. jus tu kan elok.. byk vitamin lagi.

Makan itu penting.
Nak makan apa?
Sila makan makanan berkhasiat ye…. Portion mesti seimbang. Ada nasi=karbohidrat, ayam/ikan=protein, SAYUR=fiber/mineral, buah-vitamin..
Anda mesti ingat.. makan ikut keperluan perut.. BUKAN makan ikut nafsu.
Bila makan ikut nafsu..tu yang terlebih makan.
Eyh…
Tertukar topic pula. Maaf ye tuan-tuan dan puan-puan. Hihi..

Cuci tangan selalu.
Anda tahu tak betapa banyaknya kuman di tangan anda..
Xpercaya? Sila perhatikan tangan anda.. belek-belek…
Cantik tak tangan anda tu? Bersih tak? Bersinar??
Ape kate anda scan.. eyh, ada scanner ke?
Kempen kebersihan kata –“sila cuci tangan selama 1 minit dengan cara yang betul.”
Paling senang juga, anda boleh beli sanitizer dan simpan sahaja di poket/beg anda.
So anda boleh guna sanitizer tu bila-bila masa kan?

Bile bersin, apa yang perlu kita lakukan??
Mestilah tutup hidung dan mulut.
Hachhumm! Oooopssss
Sila gunakan tisu ataupun kain yang bersih ye..
Nak di ingatkan, jangan REUSE tisu yang telah digunakan.
Kebersihan itu amalan mulia.

Elakkan berada di tempat awam yang ramai.
Seperti-panggung wayang, konsert, pasar malam dan sebagainya.
Pengedaran virus berlaku besar-besaran dan bebas diketika itu.
Mengapa???
Ini kerana, kita tidak mengetahui adakah masyarakat yang kita jumpa tu sihat-sihat belaka.
Manusia ka ada macam-macam perangainya. Yang dah demam pon degil nak pergi ke tempat awam jugak. Oleh itu daripada kita merawat nati,lebih baik mencegah bukan?

Bersenam!
Anda suka bersenam??
Bersenam kan bagus untuk kita. Jaminan untuk masa hadapan lagi. Selain menguatkan kan otot-oto dan sendi-sendi, bersenam juga bagus untuk sistem badan kita. Sekurang-kurangnya, kita digalakkan melakukan aktiviti bersenam sebanyak dua kali seminggu.
Jaga-jaga pastikan tempat anda bersenam itu, selamat ya. Pastikan tiada kerajaan nyamuk denggi di tempat berkenaan. Nanti, kita didenda dengan gigitan nyamuk denggi, takot terkena denggi pula. Kan payah.

Mandi pagi sebelum matahari terbit
“erk..taknak mandi pagilah….SEJUK!”
Pilihan yang mana anda ingin pilih?
Mandi air sejuk ataupun kesihatan yang tidak ok???
Mandi pagi bukan sahaja menyegarkan kita, malahan Al-Quran juga ada mengajar kita supaya mandi pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Jangan merokok..
UPM kan kawasan larangan merokok. In fact, kan membazir beli rokok. Cune anda bayangkan..rokok tu sama dengan duit. This mean, anda bakar duit anda sendiri!
Wau…! Kayanya anda! Iye.. anda memang kaya..

nak jadi macam neh? silaaa kan merokok!!


Setakat ini sahaja tips kita kali ini. Mudah bukan? Selamat mencuba! Eyh.. macam suruh cuba resipi masakan baru pula. Ini pon resipi kan.. resipi kesihatan. Jumpa lagi di entri seterusnya.



1 comment:

Anonymous said...

i lykeeee...next entri nk tipa kcantikkan plak yee..~~~