Monday, September 24, 2012

Saya Pilih Mengundi


JOM JALANKAN KEWAJIPAN KITA

UNDI ANDA PENENTU KEPIMPINAN PELAJAR

UNDILAH DENGAN BIJAKSANA

Sunday, September 23, 2012

Kenapa Kita Harus Tolak

Gambar-gambar ini kami petik dari sebuah facebook page : www.facebook.com/23BlackDay









baguslah andai ada kelab yang dah sedar mereka sudah dipermainkan oleh individu atau kumpulan sebelum ini.


Friday, September 21, 2012

Fitnah Dajal Kini Melanda Kampus?

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, beliau tidak pernah mengeluarkan surat sokongan pelantikan Prof Madya Mizan Hitam sebagai Timbalan Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)bagi menjamin kemenangan pihak Pro Aspirasi dalam Pilihan Raya Kampus 25 September ini.
Najib menegaskan ada pihak tidak bertanggungjawab telah mengeluarkan surat palsu dengan menggunakan nama dan tandatangan beliau atas kapasitinya sebagai presiden Umno dan ia dialamatkan kepada Rektor UIAM, Prof Dr Zaleha Kamaruddin menggunakan kepala surat Umno.
Beliau menyifatkan penyebaran surat itu sebagai tindakan terdesak pihak tertentu untuk menyebar fitnah dan menghasut pelajar agar membenci kerajaan.
"Saya menafikan sekeras-kerasnya malah tidak pernah mengeluarkan surat atas nama presiden Umno.
"Perkara ini boleh disahkan dengan pihak universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi(KPT)," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Menara Datuk Onn di sini, Khamis.
Sebelum ini sebuah blog mendedahkan penyebaran surat yang didakwa ditandatangani oleh Najib dalam meluluskan pelantikan Datuk Prof Mizan Hitam bagi menggantikan Prof Nik Ahmad Kamal Mahmood sebagai timbalan rektor hal ehwal pelajar UIAM berkuat kuasa serta merta bagi membawa kejayaan kepada Pro Aspirasi dalam pilihan raya kampus yang akan berlangsung tidak lama lagi.

Thursday, September 20, 2012

Kursus Bakal Calon Berjalan Lancar ?

Selepas Prosedur kursus calon pada malam tadi maka kempen bagi calon-calon yang menawarkan diri sebagai wakil kita di dalam kampus sudah pun bermula mulai jam 12.01am. maka akan bertebarlah flyers,menifesto,kempen dan sebagainya sebagai medium kempen  calon  untuk memastikan  mahasiswa memilih mereka sebagai calon yang mendukung aspirasi mahasiswa . tidak kiralah mereka dari kumpulan,individu ataupon NGO kerana mereka yakin calon yang mereka pilih akan membawa suara mereka kepada Universiti. 





ketika sesi soal jawab dan penerangan tatacara kempen dan sebagainya sebentar tadi, kebanyakan calon sudah dengar dan faham apakah perkara-perkara yang boleh dan tidak boleh ketika tempoh kempen ini. Diharapkan tidak akan ada calon yang melanggar etika pemilihan dan mematuhi undang-undang yang telah dibuat untuk memastikan calon menjaga keharmonian kampus.

kami warga mediakampus berdoa agar calon yang bakal dipilih dapat memperjuangan kebajikan kita dan menaikkan nama Universiti kita ke tahap yang lebih tinggi. tinggi dari aspek positif dan bukan dari aspek yang negatif seperti tahun-tahun lalu apabila terdapat calon yang melanggar tatacara yang sudah pun mereka dengari dan diberi taklimat khusus mengenainya dan menimbulkan kekacauan sehingga kes rempuh pintu terjadi.

gunakanlah hak berfikir sebelum hak bersuara....


Monday, September 17, 2012

Sejarah Hitam Politik Kampus


SANDIWARA PRO-MAHASISWA

*Entri ini tidak disertakan gambar kerana memberi fokus kepada isi kandungan yang ingin disampaikan.


SB suka merujuk pelbagai kes yang sering berlaku di Universiti Malaya dalam setiap siri pilihan raya kampus. Ini kerana, apa-apa saja yang berlaku di universiti tertua negara ini akan mencorakkan iklim dan suasana pilihan raya kampus keseluruhannya.

Tumpuan media arus perdana juga lebih terarah kepada universiti ini berbanding IPTA lain justeru memberikan kayu ukur secara tidak langsung tentang perjalanan pilihan raya kampus pada sesi tersebut.

Kenapa Universiti Malaya?

Bagi yang tidak tahu, universiti ini merupakan pusat bagi gerakan mahasiswa pro-pembangkang atau lebih dikenali sebagai Pro-M di Malaysia. Di sinilah lahirnya pemimpin-pemimpin gerakan ini yang berperanan di peringkat nasional sekali gus menentukan hala tuju perjuangan Pro-M keseluruhannya.

Saban tahun Pro-M akan tampil dengan tuntutan atau manifesto yang khas dan pada kebiasaannya, ia akan menjadi agenda bersama bagi kesemua gerakan Pro-M di IPTA lain dalam mereka menghadapi pilihan raya kampus.

(Jadi tak perlulah hairan kalau di tempat anda, tiba-tiba saja wakil Pro-M mengemukakan manifesto yang langsung tidak ada kaitan dengan keperluan universiti anda. Misalnya, Pro-M USM pernah membawa manifesto mansuh sistem e-voting sedangkan USM tidak pernah menggunakan sistem tersebut!)

Di sini membuktikan, kepimpinan Pro-M Nasional yang berakar umbi di Universiti Malaya sebenarnya mengutamakan kemenangan di universiti tersebut hingga memaksa rakan-rakan di IPT lain memperjuangkan agenda yang senada dengan mereka.

Kenapa jadi begitu? Ia mudah. Kalkulasinya, seperti yang pernah dihujahkan oleh Syazni Munir, bekas YDP Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya, menang di Universiti Malaya bermakna menang di kesemua kampus. Ini kerana, Universiti Malaya ialah IPT tertua dan paling disegani (berpengaruh) di negara ini.

Walaupun ia hanya persepsi, tetapi sifat fundamental premis Syazni Munir ini ada benarnya. Justeru Pro-M sentiasa memastikan Universiti Malaya akan kekal menjadi IPT wajib menang setiap kali pilihan raya kampus berlangsung, at all costs.

Trenda Pilihan Raya

Untuk menang, Pro-M memerlukan lebih dari sekadar kempen biasa. Di Universiti Malaya, sama ada kamu lakukan sehabis mungkin, atau hilang ‘deposit’ sebelum pengiraan undi bermula lagi.

Bagi memastikan kemenangan ini, strategis mereka sentiasa berfikir di ‘luar kotak’ – sesuatu yang tidak mampu dilakukan oleh jentera penggerak (bukannya tiada kemampuan, tetapi tidak sampai hati/tidak mampu – teruskan membaca).

Kenapa SB katakan begitu? Mari kita lihat perkembangan dua tiga tahun ke belakang. Apa yang berlaku ini sebenarnya amat menarik dan menakutkan sekali gus. Sebelum itu, siapkan kesimpulan ini dalam minda anda – Untuk Menang, Apa Pun Boleh Dilakukan!

Kepala Babi

Anda pernah baca atau dengar atau lihat sendiri insiden kepala babi dalam surau Akademik Pengajian Islam (API), Universiti Malaya?

Insiden ini sangat menggemparkan negara kita. SB tidak perlu berkonspirasi dengan teori-teori yang telah lama dibincangkan, tetapi yang akan kekal dalam minda kita ialah persoalan ini, bagaimana insiden ini boleh berlaku?

Dalam insiden ini, dua kepala babi yang masih berdarah diletakkan di atas bendera rasmi PAS di dalam surau API sementara dinding surau berkenaan turut diconteng. Berdasarkan penelitian yang dibuat, ia memerlukan masa yang lama dan tenaga yang ramai untuk melakukan propaganda tahap tinggi sebegini. Tetapi yang lebih menarik ialah, lokasi kejadian itu sendiri.

Surau API yang menjadi ‘lokasi’ kedurjanaan politik kampus ini sebenarnya ialah kubu atau markas utama Persatuan Mahasiswa Islam (PMI) Universiti Malaya yang juga teras Pro-M di universiti ini. Semua orang tahu, surau berkenaan boleh dikatakan hampir 24 jam beroperasi lebih-lebih lagi ketika kempen pilihan raya kampus sedang berlangsung.

Justeru bagaimana ia boleh berlaku? Abaikan dahulu persoalan siapa yang melakukannya kerana SB akan kemukakan kemudian. Tetapi sebagai orang Islam dan warga yang waras, kita tentu sukar menerima insiden ini. Sangat melampau dan mendukacitakan hati nurani.

Calon Ghaib

Dua tahun kemudian, sekali lagi Universiti Malaya mencatatkan insiden di luar kotak pemikiran umum. Kali ini ia melibatkan ‘kehilangan’ salah seorang calon wanita dari kem Pro-M yang berlaku sehari sebelum pembuangan undi dijalankan.

Calon ini, Masturah Abu Bakar, dilaporkan hilang selepas keluar berkempen bersama rakan-rakannya. Tetapi ibunya berkeras mendakwa Masturah telah diculik. Lalu timbul pelbagai spekulasi liar dan ketika umum mula mencari siapa penculik tersebut, Pro-M sedang mengaut laba simpati yang tidak sedikit.

Seluruh negara tertumpu pada kes ini. Pertama, ia aneh. Kedua, kerana calon ini ialah anak pemimpin atasan PAS di Selangor! (ibunya ialah pemimpin Dewan Muslimah PAS Selangor dan turut berada dalam kepimpinan Majlis Bandaraya Shah Alam).

Justeru anda boleh bayangkan kegemparan yang dicetuskan daripada kes ini. Si ibu tidak putus-putus mengadakan sidang akhbar. Wartawan dijemput dan kenyataan yang pelbagai-bagai dikeluarkan. Nampaknya, mereka lebih sukakan publisiti berbanding mencari orang hilang!

Akibat kes ini, akhirnya, Masturah menang undi popular.

Sekarang anda nampak perkaitannya? Belum nampak? Baik, sila ambil maklum bahawa Masturah telah kembali ke alam nyata selepas ghaib (atau dibebaskan jika benar dia diculik) sehari selepas keputusan undian diumumkan. Dalam keadaan lesu dan blur, Masturah diraikan bagai wirawati srikandi Pro-M Universiti Malaya!

Konspirasi Siapa ?

Kedua-dua insiden kepala babi dan calon ghaib ini – dua contoh daripada sekian banyak insiden pelik dan aneh yang pernah berlaku di Universiti Malaya – secara tidak langsung telah menjadikan Kumpulan Penggerak (dahulunya dikenali sebagai Aspirasi) di universiti berkenaan sebagai mangsa.

Dalam insiden kepala babi misalnya, ia dilakukan ketika tempoh berkempen sudah tamat iaitu pada awal pagi beberapa jam sebelum proses pembuangan undi dijalankan.

Dalam jangka masa yang amat singkat ini, ia tidak memberikan ruang yang secukupnya kepada Penggerak untuk menepis dakwaan bahawa Pro-M disabotaj atau dikhianati. Walaupun tiada dakwaan secara khusus dibuat, namun oleh kerana insiden ini berlaku ke atas Pro-M, maka cakap-cakap atau tuduhan secara tidak langsung tetap akan menjurus kepada Penggerak Mahasiswa.

Dalam sekelip mata sahaja, kumpulan Penggerak dicop sebagai bermain politik kotor dan dalam sekelip mata sahaja, reputasi baik Penggerak musnah. Akhirnya, hasil pengundian selepas dikira, menghadiahkan kemenangan mudah kepada Pro-M.

Tetapi adakah benar ia konspirasi Aspirasi atau Penggerak untuk mensabotaj Pro-M? Kalau benar, apa untungnya? Dua soalan ini penting. Pertama, jika ia benar, maka jelaslah strategi Penggerak sangat bodoh. Kedua, jika ia tidak benar, maka siapa yang begitu kotor hatinya hingga tergamak melakukan operasi hitam sebegitu?

(Dalam hati SB, siapa lagi kalau bukan ‘mereka’ yang mempunyai akses mudah untuk keluar masuk surau API tersebut!)

Sementara dalam insiden calon ghaib pula, ia turut memalitkan kesan hitam ke atas Penggerak. Sebaik calon tersebut dilaporkan hilang/ghaib/diculik, seluruh mata tertumpu kepada kem Penggerak seolah-olah ia dilakukan oleh kumpulan ini.

Paling melucukan, antara alasan yang diberikan, Penggerak gentar dengan kewibawaan calon tersebut hingga terpaksa menculik bagi memastikan beliau tidak layak bertanding.

Adakah ini jenaka atau serius yang bodoh? Insiden ini berlaku selepas penamaan, justeru mana mungkin calon ini hilang kelayakan semudah itu? Jika benar seperti yang dituduh, maka memang Penggerak Universiti Malaya ada masalah yang besarlah.

Jadi siapa yang buat?

Berdasarkan analisa yang dibuat, kesemua insiden ini menjerumuskan kita kepada satu kesimpulan. Di Universiti Malaya, perancangan isu yang berfungsi sebagai ‘bom’ ke atas lawan diatur berdasarkan sifat alih pandang.

Dalam insiden-insiden ini misalnya, Pro-M menggunakan pelbagai isu kecil lain seperti e-voting, kebajikan, dan sebagainya sepanjang tempoh berkempen tetapi apabila tiba hari kemuncak, mereka mengalihkan keseluruhan tumpuan warga kampus dan orang ramai kepada isu yang lebih besar yang dicipta secara tiba-tiba.

Ibarat sekumpulan peniaga yang susah hati melihat draft keuntungan mereka kian menurun, lalu mereka cipta satu produk yang boom, pasarkan dan akhirnya, ia melonjakkan semula keuntungan syarikat mereka itu. Begitulah strategi yang digunakan oleh Pro-M di Universiti Malaya.

Kebijakan yang dilakukan oleh mereka ternyata berhasil hingga menyebabkan kumpulan lawan tidak mampu bertindak segera atau melancarkan counter attack. Ia dummy strategi yang sangat berkesan di mana mereka telah menyerang musuh tanpa menyentuhnya (memaksa khalayak/pengundi membenci musuh/Penggerak).

Apa selepas ini?

Apa yang akan berlaku dalam pilihan raya kampus kali ini?

Sejujurnya, SB sendiri sukar meramalkan apakah yang akan berlaku dalam kempen PRK di Universiti Malaya pada tahun ini. Melihat kepada trenda lalu, Pro-M UM dijangka akan menggunakan strategi baru yang lebih ‘bersantun’ bagi mengelakkan prasangka umum kepada mereka menjadi lebih besar.

Tetapi ini hanya andaian. Apa pun boleh berlaku kerana Pro-M UM mempunyai kekuatan sumber dan tenaga yang tidak terbatas termasuk menerima sokongan langsung daripada parti-parti pooolitik pembangkang di luar sana.

Mereka mempunyai sumber dana yang tidak terhad dan bantuan sokongan untuk melakukan kerja-kerjablack ops juga sentiasa tersedia pada bila-bila masa. Justeru mungkin insiden-insiden luar jangka akan berlaku lagi. Siapa tahu kali ini mereka akan culik Naib Canselor pula, atau ‘menawan’ bangunan HEPA!

Apa-apa pun, inilah Universiti Malaya. Di sinilah tempatnya Pro-M dapat bergerak bebas dan merancang aktiviti mereka sewenang-wenangnya. Markas dan bilik mesyuarat mereka ada di salah sebuah bilik seminar di  Akademik Pengajian Islam (API). Jemputlah datang, kerana banyak kejutan dirancang di sini.
Selamat berkempen!

Nota

* Kes kepala babi ini khabarnya masih dalam siasatan. Belum ada keputusan muktamad diumumkan hingga kini. Adakah ini juga usaha menutup kebenaran?

** Masturah ketika ini ialah isteri kepada bekas Pengerusi Pro-M Nasional, Safwan Anang yang juga aktivis Pro-M UM. Safwan Anang pernah terlibat dalam pelbagai demonstrasi dan rusuhan liar termasuk memanjat pagar kampus UPSI ketika demonstrasi malam Tahun Baru 2012 yang lalu. Selain itu, Safwan Anang turut menyertai Demonstrasi Anti PTPTN pada 14 April 2012 di Dataran Merdeka dan Rusuhan BERSIH 28 April 2012 yang menyaksikan Safwan Anang dikenakan hukuman gantung pengajian oleh pihak universiti. Ketika ini, Safwan Anang berkhidmat untuk PKR sementara menjalani tempoh penggantungannya.

Berdasarkan cerita yang disampaikan oleh anggota keluarga terdekatnya, perkahwinan Safwan dan Masturah tidak begitu direstui oleh ibu bapa Safwan Anang kerana perbezaan ideology politik. Menurut sumber tersebut, dalam keluarga mereka, hanya ibu bapa Safwan Anang sahaja menyokong UMNO sementara sanak saudara yang lain ialah penyokong PAS termasuk Safwan Anang sendiri. Masturah sendiri masih dikawal oleh ibunya.

Sumber dipetik dari : Gerakan13


jom like fan pages kami di   : mediakampusupm
dan follow kami di Twitter   : MCupm



Sunday, September 16, 2012

Pro Mahasiswa Mula Berdemo?


KUALA LUMPUR: Sekumpulan pelajar mengadakan protes secara aman berhampiran Dataran Merdeka di sini pada Ahad bagi menuntut reformasi pilihan raya kampus, yang didakwa kurang telus.

Dalam kawalan anggota polis yang ramai, para pelajar berarak ke Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman sambil menjerit slogan “hidup mahasiswa” dan “tolak konspirasi”.

Mereka kemudiannya kembali ke Dataran Merdeka bagi menggariskan enam tuntutan.
Demonstrasi secara aman itu dianjurkan oleh gabungan kumpulan pelajar, termasuk Pro-Mahasiswa Nasional, Solidariti Mahasiswa Malaysiswa dan Pergerakan Demokratik  Pelajar.

Pengerusi Pro-Mahasiswa Nasional, Edikoup Lakip Sediyanto mendakwa bahawa pilihan raya kampus telah “dicemari oleh manipuasi unsur-unsur politik luar”.

“Kami telah membuat tuntutan kepada beberapa pentadbiran universiti dan Kementerian Pengajian Tinggi. Kami tidak berada di sini untuk menyebabkan masalah. 

“Apa yang kami adalah supaya pihak berkuasa memastikan pilihan raya kampus dijalankan secara telus,” katanya kepada pemberita selepas menggariskan enam tuntutan pelajar.

Enam tuntutan itu ialah satu tarikh tetap untuk pilihan raya kampus dalam kalendar akademik, penglibatan pelajar dalam jawatankuasa pilihan raya kampus, sebuah badan bebas untuk memantau pilihan raya kampus, sistem mengundi lebih telus, kebebasan untuk berkempen dan pengagihan dana yang sama kepada semua calon.

Edikoup Lakip menambah bahawa para pelajar akan mengemukakan tuntutan mereka kepada Suhakam pada minggu depan.

Kumpulan itu bersurai secara aman selepas mengadakan protes selama tiga jam.

Friday, September 14, 2012

Calon Bebas Monopoli Pemilihan MPP ?

Menurut maklumat yang kami perolehi sebentar tadi, seramai 23 orang akan merebut 11 kerusi umum dan 62 calon akan bertanding bagi kerusi fakulti. 2 fakulti telah menang tanpa pertandingan iaitu kerusi fek sains dan fek sains teknologi  makanan. begitu jga 2 kerusi gsm dan sgs yang menang tanpa bertanding. Sebanyak 14 calon dibatalkan pencalonan mereka  kerana tidak menepati kriteria calon  iaitu terdapat kesalahan pada borang mereka. Setakat jam 8 malam tadi, jumlah calon yang layak bertanding ialah :-

                                                                                       
walaubagaimanapun, sekiranya dilihat kepada hebahan umum jadual atau prosedur pemilihan ialah calon akhir yang layak bertanding akan hanya diumumkan pada 20 hb 9 seperi jadual di bawah :-



sejauh manakah calon yang dikatakan pendukung aspirasi universiti yang bakal  ditentang calon Pro Militan nanti akan meneruskan kempen mereka. bisik-bisik menyatakan ramai calon yang dikatakan bebas dan tidak berada bersama 2 kumpulan ini. khabar angin juga menyatakan calon aspirasi sudah menang besar bagi kerusi fakulti dan hanya 7 orang calon Pro Militan yang bakal bertanding di kerusi Umum/bebas. Sama-samalah kita nantikan 20 hb nanti calon manakah yang  layak bertanding bagi pemilihan kali ini.

galeri bergambar akan dimuat naik selepas ini. 

jom like fan pages kami di   : mediakampusupm
dan follow kami di Twitter   : MCupm

Thursday, September 13, 2012

Sekitar Penyerahan Borang Penamaan Calon





sekitar hari penyerahan borang pencalonan PMPP UPM 2012

menurut sumber yang boleh dipercayai pada tahun ini sahaja sebanyak 21 borang telah dikembalikan kepada jawatankuasa Perlaksanaan bagi kerusi umum dan 71 borang bagi fakulti. Bagi kampus Bintulu pula 1 borang umum dan 3 fakulti diterima. Walaubagaimanapun jumlah sebenar calon yang layak bertanding akan diumumkan selepas tempoh bantahan berakhir besok. 

Suasana Penyerahan sepanjang kami berada disana kelihatan aman dan tenteram kerana hanya calon dan pencadang,penyokong sahaja yang dibenarkan untuk berada di tempat penyerahan borang iaitu di kolej 13. setakat jam 8 malam tadi difahamkan juga beberapa calon mungkin tidak dapat bertanding kerana berlaku kesalahan ketika mengisi borang dan terdapat juga calon yang menarik diri.

kami akan update jumlah calon yang layak bertanding sebaik sahaja pengumuman calon yang layak bertanding diumumkan oleh Jawatankuasa Perlaksana.


Bersih Kampus Tiada Sambutan Di UPSI


Syabas student UPSI kerana menumpukan fokus kepada pengajian anda dan tidak menghiraukan apa yang terjadi di Pintu Timur sebentar tadi. Mereka yang diketuai mamat bernama Aliff, Adam, Safwan tadi sebenarnya takut-takut untuk menyerahkan memorandum kepada HEP UPSI.

Himpunan BERSIH KAMPUS yang dirancang jam 1 tengahari tadi ditunda sehingga jam 3 petang kerana tidak ada student yang mahu ikut...

Atas rasa hendak menutup malu sendiri,  mereka terpaksa menyerahkan Memorandum itu kepada pihak UPSI...satu perkara yang melucukan berlaku sebentar tadi ialah Memorandum tersebut diserahkan di hadapan Pejabat Keselamatan dan bukannya di pejabat HEP..

Mereka langsung tidak dibenarkan masuk jauh kerana bimbang mereka akan menghuru-harakan ketenangan di UPSI.apa taknya nama pun BERSIH KAMPUS..ingat BERSIH KAMPUS kita akan teringat BERSIH 3.0 yang huru-hara..

baca artikel sebelum ini di SINI dan SINI

Tiada student yang terlibat..hanya 10 orang geng-geng mereka sahaja...lihat gambar di bawah: 





sumber artikel : http://harapan-esok.blogspot.com/2012/09/prkupsi-bersih-kampus-upsi-gagal.html

# apakah Pro M UPM akan Menyerahkan memorandum serupa selepas UM dan UPSI ? 

Wednesday, September 12, 2012

Promahasiswa Mula Kempen?


KUALA LUMPUR,12 September - Pro Mahasiswa Universiti Malaya hari ini telah menghantar satu memorandum menuntut pilihanraya kampus bersih dan adil.

Memorandum itu dihantar ke pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar tengah hari tadi yang mengandungi enam (6) tuntutan : 

1) Penetapan tarikh pilihan raya kampus  - Tarikh PRK hendaklah di dalam takwim Universiti.

2) Mahasiswa terlibat dalam menguruskan PRK- MPP bagi sesi yang lepas turut bersama pentadbiran universiti untuk menguruskan PRK.

3) Pemantauan sepanjang PRK- Badan bebas (NGO) memantau dan menilai sepanjang proses PRK.
4) Sistem pengundian yang lebih telus - Melaksanakan gabungan dwi-sistem antara manual (kertas undi) dan elektronik (e-voting) supaya pengiraan semula dapat dilakukan secara manual sekiranya terdapat masalah melalui e-voting. 


5) Kempen bebas - Tempoh kempen - 5 hari kuliah. Lokasi kempen yang bebas.Dan mekanisme kempen yang tidak terhad.

6) Peruntukan dana bagi calon yang bertanding - Calon diberikan peruntukan khas sama ada dalam bentuk material atau wang tunai mengikut kampus untuk kempen.

Disamping itu juga,mereka turut mengadakan Speaker's Corner dan memperkenalkan calon-calon pilihanraya kampus bagi Pro Mahasiswa UM.Mereka juga turut menegaskan prinsip menolak campurtangan politik luar.

dipetik dari :- mymahasiswa



Pilih Calon Yang Tepat - TNC HEPA


KUALA LUMPUR 9 Sept. - Kepimpinan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) yang sentiasa memperjuangkan isu-isu ke arah mengembangkan potensi mahasiswa seiring dengan visi universiti dan negara menjadi pilihan warga kampus.


Sehubungan itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof. Datuk Dr. Mohd. Fauzi Ramlan berkata, kepimpinan MPP yang menyokong dasar universiti digalakkan bukan sahaja membicarakan mengenai hal kebajikan sebaliknya turut mengetengahkan isu-isu yang bersifat global.

"Pemilihan mereka dalam badan kepimpinan MPP berperanan menjalankan tanggungjawab membantu pembangunan universiti. "Bukan itu sahaja, mereka juga perlu sentiasa menyumbang idea-idea bernas untuk kebaikan warga kampus sekali gus membantu kepimpinan negara," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Beliau mengulas mengenai pilihan raya kampus bagi memilih kepimpinan baru MPP bagi sesi 2012-2013 yang akan diadakan pada 20 hingga 25 September ini. Pemilihan itu melibatkan 20 institusi pengajian tinggi awam (IPTA) seluruh negara membabitkan pertandingan antara kumpulan proaspirasi dan promahasiswa.

Mohd. Fauzi berkata, universiti tidak mahu melahirkan pemimpin yang hanya menyuarakan rasa tidak puas hati semata-mata sebaliknya harus memperjuangkan dan menyokong pembangunan universiti. Menurutnya, pemilihan kepimpinan MPP perlu menolak ideologi pemikiran individu dan kumpulan tertentu yang mempunyai agenda politik di peringkat universiti.

 "Mereka perlu menolak kumpulan ini yang cuba menghasut mahasiswa dengan berdemontrasi dalam menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran dan pembangunan universiti."Mereka juga perlu berdiri teguh dengan kepimpinan universiti dan berganding bahu serta bergerak aktif bagi membantu pihak universiti," katanya.

Tuesday, September 11, 2012

Ramai Bekas MPP Bertanding Lagi?

Sekitar pembelian borang calon PMPP pada hari kedua hari ini  dikejutkan dengan kehadiran beberapa mantan MPP yang membeli borang penamaan calon. Presiden PMI yang dilanda kontrovesi didalam pemilihan AGM PMI sebelum ini turut kelihatan membeli borang. Pengerusi helwani, Kartika, Mantan Mpp Fakulti Pertanian yang juga Presiden dnaim saudara Mohd Soffian turut dilihat bersama. kelihatan juga pemimpin dari kelab PMI Yang membeli borang pada kali ini. Adakah mereka akan bertanding dan layak? sama-samalah kita nantikan pada hari penamaan calon pada 13hb nanti.

Turut kelihatan pada tengah hari tadi adalah beberapa  orang mantan MPP yang membeli borang iaitu saudari asmah sujak, Setiausaha Agong MPP Sem lepas, saudari Roslina dan Saudara Bukhari.


penamaan calon yang dijadualkan pada hari khamis ini di kolej 13 bakal menentukan calon akhir yang bakal bertanding. diharapkan  pemilihan kali ini tenang dan aman agar keharmonian kampus UPM dapat dikekalkan.

Monday, September 10, 2012

TARIKH-TARIKH PENTING PMPP 2012






untuk mendapatkan link penuh : http://www.pphepa.upm.edu.my/pmpp/Binder1.pdf

UPDATE TERKINI PEMILIHAN WAKIL PELAJAR UPM

Didalam kesibukan hari pertama kuliah sesi akademik 2012/2013 , seramai lebih kurang 80 orang calon telah membeli borang penamaan calon pada hari pertama  bagi melayakkan mereka bertanding bagi pemilihan wakil pelajar tahun ni. proses pembelian borang yang bakal berlangsung selama 2 hari ini akan memulakan prosedur pemilihan wakil pelajar UPM  tahun ini.

mengikut maklumat yang kami perolehi pada sesi kali ini 11 kerusi umum  dan 36 kerusi fakulti bakal dipertandingkan dan ini bermaksud sejumlah 47 kerusi mpp bakal diisi pada tahun ini.

bagaimanakah suasana PRK pada tahun ini, adakan akan aman, panas atau apakah cuacanya?

apakah kecenderungan pelajar untuk memilih calon mereka pada tahun ini? sama-samalah kita nantikan pada hari rabu nanti dimana kita akan dapat melihat jumlah sebenar calon yang bakal bertanding pada PRK tahun ini.




Friday, September 7, 2012

Pemilihan Wakil Pelajar

lama blog ini tidak menulis hal-hal berkaitan kampus kita.


dengar-dengar pemilihan wakil pelajar dah dekat.....

so mcm2 dah dengar....

pesanan kami hati-hati dengan :-

-risalah warna2
-janji2 manis  persatuan kaler ungu
-kempen geng pengganas warna oren
-Dan macam- macam lagi

kalau baru-baru ni gempar pelajar kolej swasta dedah punggung, harap pelajar kita tidak ulangi kesilapan yang sama dan layarilah post-post kami sebelum ini berkaitan kegiatan persatuan kaler oren dan pengganas ni.

'hayatilah prinsip rukunegara kita'

kami benci keganasan, we love UPM