Monday, April 25, 2011

TER-INGAT----



TENTU RAKAN-RAKAN MASIH INGAT GAMBAR YANG KAMI LAMPIRKAN DIBAWAH

INI PULA GAMBAR DARI SNAPSHOT BEBERAPA MEDIA TERUTAMA DARI PARTI POLITIK,,,,,,


siapakah sebenarnya yang membawa politik luar ke dalam kampus
dan benarkah mereka sudah dibuang kolej.....


selamat menduduki peperiksaan akhir.....


Sunday, April 24, 2011

SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR

KAMI WARGA MEDIA KAMPUS MENGUCAPKAN SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN AKHIR KEPADA SEMUA WARGA KAMPUS UPM. SEMOGA KITA SEMUA MEMPEROLEHI KECEMERLANGAN PADA PEPERIKSAAN KALI INI.

PESANAN KAMI:

#JANGAN LUPA KAD MATRIK SERTA TARIKH PEPERIKSAAN ANDA SERTA TEMPATNYA,

#BERHATI-HATI DENGAN BARANGAN BERHARGA DAN LETAK DI TEMPAT YANG SELAMAT.

#BERHATI-HATI KETIKA MEMANDU SERTA KELUAR AWAL SEKIRANYA MENAIKI BAS

JANGAN LUPA KUNCI BILIK ANDA SEBELUM TIDO....



Saturday, April 23, 2011

tak sudah-sudah

kami fikir media perdana pembangkang tidak pernah mengeluarkan perkara yang baik mengenai Universiti kita, walaupun pihak Universiti, Kementerian Pengajian tinggi, badan pelajar yang sah, kolej-kolej kediaman, kelab-kelab serta pelbagai lagi persatuan cuba untuk memberikan perkara yang positif sehingga usaha ini dilakukan dengan berterusan dan memerlukan kos yang tinggi untuk menaikkan imej serta rating Universiti kita. tetapi bagi pihak yang sebelah lagi, mereka lebih suka perkara atau isu-isu panas seperti PRK, isu kediaman atau kolej, isu dibuang Universiti atau gagal menyambung penginapan di kolej kediaman lebih diberi tumpuan untuk diterbitkan di dada akhbar atau media eletronik mereka. ini sekaligus memberikan populariti bagi pihak mereka seolah-olah pihak Universiti, kolej dan sebagainya kejam, menindas pelajar dan sebagainya. kami berasa dukacita mengenai isu - isu atau masalah seolah-olah kita ni langsung tidak mempunyai usaha atau cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. biarkanlah mereka berkokok umpama telur sebiji riuh sekampung serta menang sorak kampung tergadai.......


buang je mereka ni......pergilah tanya rakan-rakan Universiti lain mengenai tahap kepuasan kediaman mereka serta bilangan mereka yang terpaksa duduk di luar kolej berbanding di Universiti kita.

Monday, April 18, 2011

DSA kembali lagi

dimaklumkan DSA akan kembali ke UPM....ayuh pasukan kompang, pembawa bunga manggar, serta tidak lupa pesilat-pesilat untuk memberikan sambutan terhangat buat DSA ke UPM,kami warga Mediakampus mengalu-alukan kedatangan DSA ke UPM.



Thursday, April 14, 2011

PERMOHONAN MAAF

Kami memohon maaf kerana tidak dapat update blog selama hampir 3 minggu kerana ada masalah pada sistem blog kami dimana ada cubaan untuk meng "hack " blog ini dan mengakibatkan kami tidak dapat log masuk. tetapi alhamdulillah ianya berjaya diatasi.

bukan macam Fb mppupm, dah remove ramai orang serta hanya biarkan ianya dimonopoli oleh pro militan upm. oleh hal yang demikian kami nak bgtau FB MPPUPM bukan lagi media komunikasi rasmi MPPUPM sesi 2011 ni.

mari kita kongsi beberapa program yang berlangsung minggu ni di UPM.....


kepada pelajar tahun akhir, jangan lepaskan peluang ini...kunjungilah career expo di dewan besar.....

Monday, April 4, 2011

keputusan

berikut adalah keputusan Majlis Anugerah program seribu budaya:

kategori nyanyian :

johan : k10

naib johan : KC

ketiga : KC


Tarian India

johan : KTP

naib johan : K17

ketiga : KMR


boria

johan : k10 & K11

naib johan : K17

ketiga : KPZ

rampaian tari melayu

johan : k14

naib johan : K17

ketiga : K10 & k11

Tahniah Kepada Kolej Yang berjaya....



Friday, April 1, 2011

sekadar berkongsi

umum mengetahui mengenai perkara yang berlaku di beberapa negara yang kini bergolak dari tunisia sehinggalah sekarang di libya. kita lihat bagaimana pihak bersekutu menggunakan alasan menyelamatkan serta membantu rakyat yang kononnya ditindas....

di sini mediakampus ingin berkongsi bagaimanakah dasar yang dibina dahulu dan relevannya sehingga kini dan mungkin ianya formula dalam memastikan negara kita terus stabil :

1) Pendidikan : menjamin serta memberikan pendidikan percuma dari seawal tadika sehingga sekolah menengah sehingga kita di universiti turut dibantu.

2)Undang-Undang : beberapa perkara atau akta yang digunakan untuk melindungi kepentingan awam yang lebih penting dari kepentingan individu atau organisasi iaitu ISA,EO serta Akta pencegahan Khas.

3) Bekalan dan jaminan makanan : kerajaan memastikan negara kita mempunyai bekalan serta jaminan keselamatan makanan terhadap kita semua dan kesannya kadar kemiskian sehingga tidak mempunyai makanan berjaya dikurangkan malahan ramai rakyat negara kita mati kerana terlebih makan.

4)kesihatan : negara kita memastikan rakyatnya menerima rawatan yang terbaik serta pelalian diberikan kepada kita bermula dari kecil lagi. ini berjaya mengurangkan sehingga tahap menghapuskan penyakit-seperti polio, TB dan sebagainya.

5)keharmonian kaum : ini adalah resipi utama rakyat yang berbilang kaum di negara kita. rakyat di negara kita boleh hidup dengan pelbagai latarbelakang budaya yang berbeza sehingga sekarang.

mungkin 5 rahsia kejayaan ini boleh kita kongsikan dan dijadikan contoh di dalam UPM serta dijadikan panduan oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar didalam memperjuangkan isu-isu kebajikan pelajar.