Saturday, April 23, 2011

tak sudah-sudah

kami fikir media perdana pembangkang tidak pernah mengeluarkan perkara yang baik mengenai Universiti kita, walaupun pihak Universiti, Kementerian Pengajian tinggi, badan pelajar yang sah, kolej-kolej kediaman, kelab-kelab serta pelbagai lagi persatuan cuba untuk memberikan perkara yang positif sehingga usaha ini dilakukan dengan berterusan dan memerlukan kos yang tinggi untuk menaikkan imej serta rating Universiti kita. tetapi bagi pihak yang sebelah lagi, mereka lebih suka perkara atau isu-isu panas seperti PRK, isu kediaman atau kolej, isu dibuang Universiti atau gagal menyambung penginapan di kolej kediaman lebih diberi tumpuan untuk diterbitkan di dada akhbar atau media eletronik mereka. ini sekaligus memberikan populariti bagi pihak mereka seolah-olah pihak Universiti, kolej dan sebagainya kejam, menindas pelajar dan sebagainya. kami berasa dukacita mengenai isu - isu atau masalah seolah-olah kita ni langsung tidak mempunyai usaha atau cara yang terbaik untuk mengatasi masalah ini. biarkanlah mereka berkokok umpama telur sebiji riuh sekampung serta menang sorak kampung tergadai.......


buang je mereka ni......pergilah tanya rakan-rakan Universiti lain mengenai tahap kepuasan kediaman mereka serta bilangan mereka yang terpaksa duduk di luar kolej berbanding di Universiti kita.

No comments: