Friday, April 1, 2011

sekadar berkongsi

umum mengetahui mengenai perkara yang berlaku di beberapa negara yang kini bergolak dari tunisia sehinggalah sekarang di libya. kita lihat bagaimana pihak bersekutu menggunakan alasan menyelamatkan serta membantu rakyat yang kononnya ditindas....

di sini mediakampus ingin berkongsi bagaimanakah dasar yang dibina dahulu dan relevannya sehingga kini dan mungkin ianya formula dalam memastikan negara kita terus stabil :

1) Pendidikan : menjamin serta memberikan pendidikan percuma dari seawal tadika sehingga sekolah menengah sehingga kita di universiti turut dibantu.

2)Undang-Undang : beberapa perkara atau akta yang digunakan untuk melindungi kepentingan awam yang lebih penting dari kepentingan individu atau organisasi iaitu ISA,EO serta Akta pencegahan Khas.

3) Bekalan dan jaminan makanan : kerajaan memastikan negara kita mempunyai bekalan serta jaminan keselamatan makanan terhadap kita semua dan kesannya kadar kemiskian sehingga tidak mempunyai makanan berjaya dikurangkan malahan ramai rakyat negara kita mati kerana terlebih makan.

4)kesihatan : negara kita memastikan rakyatnya menerima rawatan yang terbaik serta pelalian diberikan kepada kita bermula dari kecil lagi. ini berjaya mengurangkan sehingga tahap menghapuskan penyakit-seperti polio, TB dan sebagainya.

5)keharmonian kaum : ini adalah resipi utama rakyat yang berbilang kaum di negara kita. rakyat di negara kita boleh hidup dengan pelbagai latarbelakang budaya yang berbeza sehingga sekarang.

mungkin 5 rahsia kejayaan ini boleh kita kongsikan dan dijadikan contoh di dalam UPM serta dijadikan panduan oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar didalam memperjuangkan isu-isu kebajikan pelajar.


No comments: