Tuesday, March 29, 2011

sekadar renungan...

Rasulullah saw pernah bersabda, "Akan muncul diakhir zaman nanti, suatu kaum (atau kumpulan) yang terdiri daripada orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek fahaman agamanya). Mereka banyak menggunakan khairul bariyyah, iaitu firman ALLAH dan hadis Rasul, tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar daripada Islam saperti anak panah yang lepas dari busurnya. Dimana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala dihari kiamat".(Hadis riwayat Bukhori Muslim dipetik didalam kitab "Peringatan di Akhirul Zaman" mukasurat 7).

Rasulullah berpesan, selain daripada menghafal dan mengamalkan sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, bacalah juga satu do'a selepas tahayyat akhir tetapi sebelum salam, dengan do'a ringkas saperti berikut: "Allahhumma inna a 'uzubika min 'aza bil qobr, wamin 'azaa bijahannam, wamin fitnatil mahya wal mamat, wamin fitnati al masihi Dajjal - Ya ALLAH, aku mohon perlindingan daripada fitnah kubur, dan fitnah jahanam, dan fitnah hidup & mati, serta fitnah Al Masih Dajjal".

dipetik dari blog zul4kulim.blogspot.com


1 comment:

Anonymous said...

Err...maksudnya sape tu? huraikan lah sikit.