Wednesday, January 5, 2011

Tidak Perlu Bantu Mahasiswa Membuat Keputusan


1.) Kepada parti politik kerajaan mahupun pembangkang, adalah lebih baik sekiranya isu "mahasiswa berpolitik" tidak dicampur tangan atau disokong oleh mana-mana pihak politik. Kami cukup dewasa untuk menentukan apa yang dikehendaki kami.

2.) Saya berpendapat bahawa mahasiswa mempunyai suara yang tersendiri dan pendirian istimewa untuk mengkritik kerajaan mahupun pembangkang. Oleh itu tindakan menyokong mahasiswa dalam mana-mana isu akan dilihat seperti satu-satu pihak tersebut sedang mengambil hati mahasiswa.

3.) Dalam satu penyataan di dalam Malaysia Kini yang mana seorang pemimpin PKR mengatakan sokongan beliau terhadap Tim Menteri Pengajian Tinggi dalam membenarkan mahasiswa berpolitik adalah satu penyataan yang salah bagi saya. Penyataan yang dikeluarkan adalah "menghapuskan AUKU" yang mana saya merasakan itu tidak masuk akal. http://www.malaysiakini.com/news/140121

4.) Sekali lagi kita dapat menyaksikan bagaimana terdapatnya pemimpin kerajaan mahupun pembangkang yang masih lagi tidak memahami Akta Universiti Kolej Universiti (AUKU). AUKU merupakan satu akta/garis panduan untuk kesalahan-kesalahan yang dilakukan oleh mahasiswa tidak kira dalam berpolitik, meniru dalam peperiksaan, mengedar dadah, mencuri dan sebagainya. BUKAN HANYA UNTUK LARANGAN MAHASISWA BERPOLITIK.

5.) Maka perjuangan untuk menghapuskan AUKU boleh dikatakan tidak masuk akal kerana tanpa AUKU maka sesebuah universiti tidak akan menjadi universiti. Jika AUKU dihapuskan adalah seolah-olah sesebuah negara dihapuskan semua undang-undangnya. Adalah lebih baik sekiranya pemimpin parti politik diluar sana menghadam AUKU terlebih dahulu sebelum mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan AUKU.

6.) Sampai hari ini apa yang dilihat oleh saya adalah ahli politik daripada kerajaan dan pembangkang sahaja yang memberi sokongan atau bantahan terhadap isu "mahasiswa berpolitik". Jadi persoalan yang suka saya timbulkan adalah "adakah ibu bapa kepada mahasiswa menyokong mahasiswa berpolitik?".

7.) Dimanakah suara ibu bapa yang mempunyai hak dalam menentukan hala tuju hidup seseorang mahasiswa? Pendapat ibu bapa sangat penting dalam menentukan hala tuju isu ini, malah pendapat mereka adalah lebih diperlukan berbanding pendapat parti-parti politik di luar sana yang mempunyai agenda mereka sendiri. Bukan semua ibu bapa menghendaki anak-anak mereka menyertai politik mahupun dipengaruhi oleh rakan-rakan mereka yang aktif di dalam politik (sekiranya mahasiswa dibenarkan berpolitik).

8.) Sebagai salah seorang YgDipertua, saya mengetahui hala tuju dan keputusan semasa jemaah YDP yang menentukan hala tuju isu ini. Oleh itu, kepada suara-suara ahli politik diluar sana, diharap tidak terlalu teruja untuk membuat keputusan untuk mahasiswa kerana MAHASISWA MASIH BELUM ADA KEPUTUSAN MUKTAMAD dalam isu ini.

9.) Untuk tidak mengeruhkan keadaan kampus, saya berpendapat bahawa pemimpin-pemimpin politik di luar sana TIDAK PERLU BANTU MAHASISWA MEMBUAT KEPUTUSAN melalui pendapat serta usaha mereka yang terang-terang mempunyai agenda tersembunyi serta kelihatan seperti terdesak mengambil hati mahasiswa.

10.) Cukuplah sekadar membuka jalan dalam memenuhi tuntutan mahasiswa. Mahasiswa mempunyai lesen terbesar dalam melakukan kesilapan, jadi biarlah kami melakukan kesilapan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak lain KERANA KAMI MASIH LAGI DALAM PROSES PEMBELAJARAN.


shazada khan

mpputhm.

2 comments:

MudarrisTarmizi said...

kalau xperlukan wakil politik membuat keputusan..xperlu jugak laa owg hep masuk campur dalam hal perwakilan pelajar..sume da dirancang...adoi...cakap xpandang batang idung sendiri laa..

Anonymous said...

stadi je la korg. abiskan degree tu.

last2 nanti korg sibuk2 benda ni x de faedah pun. kat agama pun x de faedah. belajar manhaj n aqeedah yg sahih dulu. duk dediam dan praktik.

hehe. korg dah keje tau la nanti. bosan2.