Saturday, February 4, 2012

Tahniah dari kami

tidak sia-sia undi kami kepada anda sebelum ini, kepimpinan dan perjuangan anda semua terbukti untuk membela nasib dan hak kita sebagai warga Universiti Putra Malaysia.


xpayah nak pecah pintu, pecah pagar, baring atas jalan dan seumpanya....


itulah cara kita....



salam Maulidur Rasul kepada semua....






Thursday, February 2, 2012

Kah KAh KAh....kasian

Mohd Yusof Hadhari, bekas Ketua Penerangan Gamis telah membuat tulisan yang mengecam beberapa tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dilihat membelakangkan front mahasiswa yang lain dalam Harakahdaily, 3 Februari 2012 (baca sini).

Satu analisa yang jelas membuktikan bahawa front mahasiswa Islam tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan provokatif dan subversif yang telah dibuat oleh SMM. Malah tindakan SMM cuba untuk membawa masuk budaya pemikiran komunis dalam SMM telah meretakkan lagi front tersebut.

Mana ada lagi konsep syura dalam SMM. Orang yang gagal belajar pun diambil, semuanya dipilih berdasarkan arahan Godfather.

Mana tidaknya, beberapa aktivis setahun jagung SMM yang hanya menempa nama melalui kejadian langgar pintu, tidur atas jalan dan turun bendera sudah mencemar nama front Islam bila berpakat dengan kumpulan yang menyemai pemikiran komunis. Pernah suatu ketika dulu front ini berbalah teruk pada 2005 bila Setiausaha Agung SMM dari DEMA menyokong Ayah Pin secara terbuka. Bagi fraksi hijau, mereka lebih mementingkan idealisme dan hujah dalam memperjuangkan sesuatu dan berdasarkan isu. Dulu pantang ada isu agama dan berkaitan Israel, fraksi hijau ini akan melompat untuk berdemo.

Namun setelah dipengaruhi oleh fraksi merah kini, mereka tidak berani lagi berlawan hujah dengan Anwar Ibrahim yang secara terbuka mahu menjamin keselamatan negara Israel. Baik Gamis atau front mahasiswa pembangkang yang lain, semuanya sudah tercemar dengan parasit. Tidak boleh lagi dipanggil sebagai satu gerakan Islamik.


Wednesday, December 14, 2011

TAHNIAH

Seluruh warga Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Naib Canselor UPM dan YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) kerana dianugerahkan darjah kebesaran oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-66, pada 11 Disember 2011, bersamaan 15 Muharram 1432H dan YBhg Prof. Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dianugerahkan darjah kebesaran oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Yang Ke-73 pada 8 Oktober 2011. Maklumat darjah kebesaran ialah seperti berikut:

1. YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran DATO’

[YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi]

2. YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’-Sultan

Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang membawa gelaran DATO’

[YBhg. Prof. Dato’Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar]

3. YBhg. Prof. Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran DATUK

[YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan]



semoga dengan pengurniaaan pingat terbabit menjadikan pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. tahniah dari kami.

Friday, October 7, 2011

PESTA KONVOKESYEN 35

pesta konvo kembali lagi tahun ni. insyaallah ianya akan berlangsung di Bukit expo. Pelbagai aktiviti yang dirancang oleh MPPUPM tahun ni. nak tau ape dia....




so..apa tunggu lg...jom lah join.

Thursday, September 29, 2011

SELAMAT DATANG

Kami warga mediakampusupm mengucapkan selamat datang kepada YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin ke Universiti Putra Malaysia sempena lawatan kerja selama setengah hari, hari ini. kedatangan Tan Sri ke kampus hijau amat kami alu-alukan.


Merentas Sempadan kampus

Wednesday, September 7, 2011

SELAMAT DATANG SERTA KEMBALI KE KAMPUS TERCINTA

ASSALAMUALAIKUM

KAMI WARGA MEDIAKAMPUSUPM MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA PELAJAR BAHARU KE KAMPUS UPM SERDANG YANG TERCINTA SERTA TIDAK LUPA KEPADA SEMUA WARGA PELAJAR YANG LAIN YANG AKAN KEMBALI PADA SABTU NI...SEMOGA DENGAN SEMESTER BAHARU INI KEHIDUPAN KITA DI KAMPUS AKAN LEBIH BAIK DAN SERONOK...

KAMI JUGA MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR DAN BATIN SERTA SELAMAT MENYAMBUT KEMERDEKAAN KEPADA SEMUA..


*PESANAN KEPADA ADIK-ADIK BARU...JAGA2 DENGAN ORG YANG BAGI BELON,BUAT BAIK PADA KAMU PADA HARI INI...BIMBANG NANTI AKAN MEROSAKKAN DIRI..HEHE

Tuesday, August 16, 2011

salam nuzul quran

kami warga mediakampusupm mengucapkan alhamdulillah dan tahniah kepada para pembaca kerana kita sudah pun memasuki fasa yang ke 2 di bulan ramadhan serta kita bertuah kerana masih diberi kesempatan untuk beribadah serta menjalankan amanah allah s.w.t seperti yang disampaikan oleh rasullullah s.a.w kepada kita serta kitab yang diperturunkan kepada nabi muhammad s.a.w, iaitu al-quran. sesungguhnya tiada kitab yang lebih berharga selain al quran yang telah dipeturunkan di bulan ramadhan. dan sesungguhnya bulan ramadhan juga mengandungi 1 malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu malam lailatul qadar. marilah kita sama meningkatkan lagi amalan kita dan kita bermohon agar amalan kita diterima oleh allah s.w.t.... amin

# dikesempatan ini juga kami melahirkan rasa dukacita dengan tulisan yang dikeluarkan oleh seorang ahli MPPUPM kita seperti yang terkandung dari blog sahabat kami iaitu (klik). kami bukan ingin mempromosikan blog mereka tetapi kami berasa luahan seorang yang telah pun dipilih menjadi pemimpin kita seolah-olah mendokong pluralisme di dalam agama, para pembaca boleh melayari pemdapat serta komen-komen yang diterima mengenai isu kunjungan JAIS di sebuah Pusat komuniti yang diulas mereka di sini. di dalam kita sedang beribadah mungkin kita terlalai untuk sama-sama menyampaikan dakhwah sesama kita dan sesungguhnya marilah kita sama memastikan perkara ini tidak berlaku lagi serta marilah kita meningkatkan lagi amalan,takwa serta keimanan kita. semoga kita semua mendapat hidayah dari allah s.w.t.