Friday, February 24, 2012

Gendang Pemilihan MPP Sudah Bermulakah?




Semalam (23 Februari 2012), Pro Mahasiswa Universiti Malaya membuat pelancaran jentera di Perdana Siswa UM. Mereka mendakwa yang hadir adalah dalam 2,000 orang. Agak-agak kalau bilangan seperti gambar kat bawah ni sampai 2000 orang tak?



Bila tiba pilihan raya kampus mereka menagih lagi undi dari pelajar untuk kembali berkuasa. Apakah akan ada lagi lakonan calon diculik pada pilihan raya kampus tahun ini? 
Apakah Nurul Izzah akan bertandang lagi untuk memberikan sokongan terbuka kepada Pro M? Bersama kita tunggu, mereka dakwa mereka bebas tetapi sebenarnya dibantu oleh tangan-tangan politik dari luar yang hanya mahu menggunakan angka kemenangan MPP untuk meraih dividen politik kepada pembangkang. 
PRO Mahasiswa UPM macam mana pulak agaknye ye... Gendang Pemilihan MPP macam dah dipalu ja, Sehingga satu blog baru yang dicanang-canang  iaitu blog yang menggunakan nama lidah tu amat digeruni. haha. dengarnya blog ni ditakuti pentadbiran HEP. pesan mediakampus, kalau tidak buat salah.. buat apa nak takut...

Saturday, February 4, 2012

Tahniah dari kami

tidak sia-sia undi kami kepada anda sebelum ini, kepimpinan dan perjuangan anda semua terbukti untuk membela nasib dan hak kita sebagai warga Universiti Putra Malaysia.


xpayah nak pecah pintu, pecah pagar, baring atas jalan dan seumpanya....


itulah cara kita....



salam Maulidur Rasul kepada semua....






Thursday, February 2, 2012

Kah KAh KAh....kasian

Mohd Yusof Hadhari, bekas Ketua Penerangan Gamis telah membuat tulisan yang mengecam beberapa tindakan Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM) yang dilihat membelakangkan front mahasiswa yang lain dalam Harakahdaily, 3 Februari 2012 (baca sini).

Satu analisa yang jelas membuktikan bahawa front mahasiswa Islam tidak bersetuju dengan beberapa pendekatan provokatif dan subversif yang telah dibuat oleh SMM. Malah tindakan SMM cuba untuk membawa masuk budaya pemikiran komunis dalam SMM telah meretakkan lagi front tersebut.

Mana ada lagi konsep syura dalam SMM. Orang yang gagal belajar pun diambil, semuanya dipilih berdasarkan arahan Godfather.

Mana tidaknya, beberapa aktivis setahun jagung SMM yang hanya menempa nama melalui kejadian langgar pintu, tidur atas jalan dan turun bendera sudah mencemar nama front Islam bila berpakat dengan kumpulan yang menyemai pemikiran komunis. Pernah suatu ketika dulu front ini berbalah teruk pada 2005 bila Setiausaha Agung SMM dari DEMA menyokong Ayah Pin secara terbuka. Bagi fraksi hijau, mereka lebih mementingkan idealisme dan hujah dalam memperjuangkan sesuatu dan berdasarkan isu. Dulu pantang ada isu agama dan berkaitan Israel, fraksi hijau ini akan melompat untuk berdemo.

Namun setelah dipengaruhi oleh fraksi merah kini, mereka tidak berani lagi berlawan hujah dengan Anwar Ibrahim yang secara terbuka mahu menjamin keselamatan negara Israel. Baik Gamis atau front mahasiswa pembangkang yang lain, semuanya sudah tercemar dengan parasit. Tidak boleh lagi dipanggil sebagai satu gerakan Islamik.


Wednesday, December 14, 2011

TAHNIAH

Seluruh warga Universiti Putra Malaysia merakamkan ucapan tahniah kepada YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi, Naib Canselor UPM dan YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar, Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) kerana dianugerahkan darjah kebesaran oleh DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, Sultan Selangor, sempena Ulang Tahun Hari Keputeraan Baginda yang ke-66, pada 11 Disember 2011, bersamaan 15 Muharram 1432H dan YBhg Prof. Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) dianugerahkan darjah kebesaran oleh Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri Utama Mohd Khalil Yaakob sempena Hari Jadi Rasmi Tuan Yang Terutama Yang Di-Pertua Negeri Melaka Yang Ke-73 pada 8 Oktober 2011. Maklumat darjah kebesaran ialah seperti berikut:

1. YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Selangor (D.P.M.S) yang membawa gelaran DATO’

[YBhg. Dato’ Ir. Dr. Radin Umar Radin Sohadi]

2. YBhg. Prof. Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar dianugerahkan Darjah Kebesaran Dato’-Sultan

Sharafuddin Idris Shah (D.S.I.S) yang membawa gelaran DATO’

[YBhg. Prof. Dato’Ir. Dr. Mohd Saleh Jaafar]

3. YBhg. Prof. Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan dianugerahkan Darjah Mulia Seri Melaka (D.M.S.M) yang membawa gelaran DATUK

[YBhg. Prof. Datuk Dr. Mohd Fauzi Haji Ramlan]



semoga dengan pengurniaaan pingat terbabit menjadikan pemangkin untuk terus berkhidmat dengan lebih cemerlang lagi. tahniah dari kami.