Friday, April 1, 2011

sekadar berkongsi

umum mengetahui mengenai perkara yang berlaku di beberapa negara yang kini bergolak dari tunisia sehinggalah sekarang di libya. kita lihat bagaimana pihak bersekutu menggunakan alasan menyelamatkan serta membantu rakyat yang kononnya ditindas....

di sini mediakampus ingin berkongsi bagaimanakah dasar yang dibina dahulu dan relevannya sehingga kini dan mungkin ianya formula dalam memastikan negara kita terus stabil :

1) Pendidikan : menjamin serta memberikan pendidikan percuma dari seawal tadika sehingga sekolah menengah sehingga kita di universiti turut dibantu.

2)Undang-Undang : beberapa perkara atau akta yang digunakan untuk melindungi kepentingan awam yang lebih penting dari kepentingan individu atau organisasi iaitu ISA,EO serta Akta pencegahan Khas.

3) Bekalan dan jaminan makanan : kerajaan memastikan negara kita mempunyai bekalan serta jaminan keselamatan makanan terhadap kita semua dan kesannya kadar kemiskian sehingga tidak mempunyai makanan berjaya dikurangkan malahan ramai rakyat negara kita mati kerana terlebih makan.

4)kesihatan : negara kita memastikan rakyatnya menerima rawatan yang terbaik serta pelalian diberikan kepada kita bermula dari kecil lagi. ini berjaya mengurangkan sehingga tahap menghapuskan penyakit-seperti polio, TB dan sebagainya.

5)keharmonian kaum : ini adalah resipi utama rakyat yang berbilang kaum di negara kita. rakyat di negara kita boleh hidup dengan pelbagai latarbelakang budaya yang berbeza sehingga sekarang.

mungkin 5 rahsia kejayaan ini boleh kita kongsikan dan dijadikan contoh di dalam UPM serta dijadikan panduan oleh ahli Majlis Perwakilan Pelajar didalam memperjuangkan isu-isu kebajikan pelajar.


Tuesday, March 29, 2011

sekadar renungan...

Rasulullah saw pernah bersabda, "Akan muncul diakhir zaman nanti, suatu kaum (atau kumpulan) yang terdiri daripada orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek fahaman agamanya). Mereka banyak menggunakan khairul bariyyah, iaitu firman ALLAH dan hadis Rasul, tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar daripada Islam saperti anak panah yang lepas dari busurnya. Dimana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala dihari kiamat".(Hadis riwayat Bukhori Muslim dipetik didalam kitab "Peringatan di Akhirul Zaman" mukasurat 7).

Rasulullah berpesan, selain daripada menghafal dan mengamalkan sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, bacalah juga satu do'a selepas tahayyat akhir tetapi sebelum salam, dengan do'a ringkas saperti berikut: "Allahhumma inna a 'uzubika min 'aza bil qobr, wamin 'azaa bijahannam, wamin fitnatil mahya wal mamat, wamin fitnati al masihi Dajjal - Ya ALLAH, aku mohon perlindingan daripada fitnah kubur, dan fitnah jahanam, dan fitnah hidup & mati, serta fitnah Al Masih Dajjal".

dipetik dari blog zul4kulim.blogspot.com


Thursday, March 24, 2011

takziah

kami mengucapkan takziah kepada saudara Arif dan Azhar @ kemba dan kembi di atas pemergian ayahanda mereka berdua ke Rahmatullah semalam. semoga roh nya ditempatkan bersama-sama org yang beriman.

alfatihah..

Sunday, March 20, 2011

KELUHAN....

WAU..siapa ada membaca surat khabar kompak KOSMO mengenai cafetaria yang bertaraf 5bintang di upm...hebat.

tetapi apa kata kita lihat cafeteria kolej serumpun bagaimana agaknya tahap kualiti kebersihan, ruang legar, kerusi meja makanan dan sebagainya..

mungkin MPP baharu boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik.


tiada tv apatah lagi astro

kaunter jualan serta mini market

kerusi yang hanya menunggu masa....

lagi....

tempat membasuh tangan...alahai..

peniaga lari ( kerana kadar sewa, komisyen,potongan dsb)

kalau jatuh terduduk cnfirm nampak bintang...
lihat lah kerusi ini..

kami tak nak restoran berbintang-bintang, kerusi mewah2 ala kopitiam, ade live bola mcm kedai mamak serta haruman cafeteria seharum lavender....kami hanya mahu keselesaan ketika menjamu selera.....


# selepas ini kami akan tinjau di cafeteria di Putra..tgg episod keluhan....dan harap MPP baharu dapat memperbaiki serta menyuarakan keluhan kami ke pihak UPM Holding...


"SINERGI BAHARU MAHASISWA"

Friday, March 18, 2011

berkhidmat bersama masyarakat.

jangan lupa kawan-kawan jam 8 malam ni kat dewan banquet...

* tidak tau ape nak dibuat pada cuti semester ni?
*minat nak buat part time job,menjadi sukarelawan atau seumpamanya..
* ada 2 event besar yang akan berlangsung pada penghujung bulan 5 serta bulan 6,

1) perhimpunan sejuta belia di Putrajaya yang akan bermula
pada 27-29 mei
boleh hubungi - 03-8871 3629 / www.haribelianegara.org.my
khidmat 5000 orang sukarelawan diperlukan.

2) pembantu sukan sempena kejohanan Masum di UPM. sila rujuk poster atau berhubung terus dengan pusat sukan UPM.

dan beberapa peluang lain. kami akan cuba dapatkan maklumat beberapa event besar yang memerlukan khidmat sukarelawan...

# atau sekiranya ada maklumat lain boleh email kami di mediacampusupm@gmail.com.

"sinergi baharu Mahasiswa"


Sunday, March 13, 2011

JOM PG PECAHKAN PINTU

Dimaklumkan Timb Menteri Pengajian Tinggi yang kita kasihi akan berkunjung ke UPM :

Tarikh : 18/3/2011 (JUMAAT)

Masa : 8 malam.....(update)

Tempat : dewan Banquet UPM

Program : Majlis Aprisiasi sukan

ayuh rakan2 bloggers,pembaca2 kita berhimpun di dewan Banquet UPM. kita raikan Timb Menteri kita yang akan berkunjung ke UPM serta 1000 org rakan2 aspirasi lembah klang akan turut menyambut kehadiran dato ke UPM.

#jgn lupa buat demontrasi, rusuhan, atau ape je kerana Timb Menteri "inteligent" serta "not my job ", and a litle Mubarak dan burma pasti akan suka apa yang kita buat.

Thursday, March 10, 2011

PRINSIP RUKUNEGARA (SIRI 1)

MERUJUK KEPADA TATACARA KEMPEN PMPP





MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN


#KATAKAN KEPADA KAMI BAHAWA PIHAK MILITAN TIDAK MELANGGAR PERKARA TERSEBUT...