kami baru blk dari minum2 dan sembang bersama berapa rakan seperjuangan di sebuah kedai..selepas minum2 dan sembang hampir tak sedar waktu dah menghampiri jam 12, seperti biasalah kena balik sebelum jam 12. ketika melalui pintu masuk (dekat sebelah pusara abadi masyarakat cina tu) kebetulan ditahan oleh anggota keselamatan dan anggota keselamatan yang menahan kami rupa-rupanya adalah anggota yang tercedera ketika rempuhan militan tempoh hari. sembang2 dengan dia kejap dan sempatlah snap sekeping gambar. masih belum pulih sepenuhnya dan masih terasa sakit katanya.....kami doakan agar kesan dari jahitan tersebut cepat pulih dan beliau dapat terus berkhidmat dengan cemerlang.

#pintu kaca boleh diganti, peristiwa hitam boleh dilupai, tetapi parut yang diterima akan kekal sampai hujung nyawa...


