Sunday, March 20, 2011

KELUHAN....

WAU..siapa ada membaca surat khabar kompak KOSMO mengenai cafetaria yang bertaraf 5bintang di upm...hebat.

tetapi apa kata kita lihat cafeteria kolej serumpun bagaimana agaknya tahap kualiti kebersihan, ruang legar, kerusi meja makanan dan sebagainya..

mungkin MPP baharu boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik.


tiada tv apatah lagi astro

kaunter jualan serta mini market

kerusi yang hanya menunggu masa....

lagi....

tempat membasuh tangan...alahai..

peniaga lari ( kerana kadar sewa, komisyen,potongan dsb)

kalau jatuh terduduk cnfirm nampak bintang...
lihat lah kerusi ini..

kami tak nak restoran berbintang-bintang, kerusi mewah2 ala kopitiam, ade live bola mcm kedai mamak serta haruman cafeteria seharum lavender....kami hanya mahu keselesaan ketika menjamu selera.....


# selepas ini kami akan tinjau di cafeteria di Putra..tgg episod keluhan....dan harap MPP baharu dapat memperbaiki serta menyuarakan keluhan kami ke pihak UPM Holding...


"SINERGI BAHARU MAHASISWA"

3 comments:

Anonymous said...

Bukan cafe je teruk, kolej serumpun juga sangat teruk dan amat daif.
Water coorler banyak tak berfungsi. Penapis dah berkulat masih digunakan. Kat bilik terpampang besar notis tak boleh guna water heater kat bilik, tak water cooler yang disediakan macam haram. Teruk betul kolej serumpun ni. Seterika, tv alat elektrik tak boleh guna, tapi alternatif nak gosok baju dan bilik tonton tv tak disediakan. Perkhidmatan kolej matrikulasi walaupun terpencil lebih baik daripada Universiti la.
Satu lagi mesin basuh pun satu hal. Hanya duit 50 sen je diterima. Tak tau la kolej serumpun ni dah dapat ISO ke belum. Sepatutnya dengan zaman moden ni, mesin masuh tu dah boleh terima duit syiling 10 sen, 20 sen dan duit kertas paling tidak RM 1.00.
MPP jgn duk goyang kaki je. banyak kerja nak kene buat.
Ni aku dah bagi beberapa perkara yang perlu diambil perhatian.

zahra said...

salam..
memang agak terkejut bila keluar dalam kosmo tentang cafe bertaraf "5 bintang"
tersenyum sendiri sebab ibarat, indah khabar dari rupa. memang kalo di lihat dari segi design yang bertaraf 5 stars, tapi kita juga perlu melihat dari segi service dan makanan itu sendiri. kalau semua memenuhi kriteria, barulah boleh di panggil bertaraf 5 bintang.
secara jujurnya, saya amat kecewa dengan tahap service dan makanan di cafe berkenaan. agak memalukan kerana saya sbagai company luar yang menyewa di bangunan di UPM merasa kelakar apabila membaca tajuk di kosmo ttg 5 star itu..

Anonymous said...

tentang cafe..tentang keselesaan dalam bilik juga perlu diberi keutamaan..sudah banyak kali aduan kerosakan tilam dihantar oleh pelajar serumpun kepada pjsd..namun kami tetap dibekalkan tilam usang berusia 10 tahun yang sudah sebati springnya dengan tlang belakang kami..lepas ni kosmo dtgla wat plak untuk kolej 5 bintang serumpun..amek gamba2 tilam..keadaan bilik yang daif..5 bintang juga untuk yuran kolej yang paling mahal dan kualiti yang terburuk sekali berbangding kolej2 lain