Monday, February 7, 2011

PESANAN BUAT SEMUA TEMAN

TEMAN

Dekatkanlah dirimu dengan amalan takwa atau dekatkanlah dirimu dengan orang-orang yang bertakwa. Mata dari tubuh tempatnya kepala. Mata dari jiwa tempatnya di hati. Tubuh apabila dipukul tidak begitu sakit,yang paling sakit adalah jiwa sedangkan tubuh hanyalah tempat persinggahan sementara. Mata hati dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, kerana pandangan mata hatilah nabi Ibrahim tidak gentar dibakar dan mashitah tidak gentar direbus firaun.

Teman

Perang menentang hawa nafsu dan godaaan syaitan ini ramai manusia yang tewas. Tentera-tentera nafsu dan syaitan terlalu gagah untuk ditewaskan jika kita tidak memiliki senjata iman dan takwa. Oleh itu wahai teman antara pesanku dalam warka cinta ini janganlah kita terlalu cepat jatuh cinta dan terpedaya oleh manisnya senyuman dunia kerana mendung awan yang tebal itupun pada mulanya juga kelihatan cahaya terang dan janganlah kita tertipu dengan senyuman dunia sesungguhnya racun itu dalam manisan.

Teman

Berhatilah dengan orang yang sentiasa memuji dan memuja kita kerana pujian meskipun tidak mengeyangkan tetapi manusia selalu menyukainya dan meskipun celaan tidak merugikan tetapi manusia membencinya. Sebab itu baiklah kita sentiasa mendengar celaan dari menerima pujian kerana disitulah kita terbangun dari kelalaian tetapi teman yang selalu memuji sering membuatkan kita tidak kenal diri. Didalam kita mengharungi perjalanan tinggalkanlah pakaian sombong kerana ia akan menjauhkan orang yang mahu menunjukkan jalan kebaikan dan ingatlah barangsiapa yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari sifat sombong, nescaya dia akan ditelangkupkan oleh Allah mukanya ke dalam api neraka.

Teman

Marilah kita meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepemimpinan aspirasi universiti ibarat hadirnya mentari pagi di mana datangnya cahaya membawa udara segar bilamana kasih sayang dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kedamaian melata di tengah masyarakat. Usahlah kita terpengaruh dengan angin hitam yang mengganggu kedamaian kampus kita ini. Keadilan senantiasa wujud bagi yang haq. Tanggungjawab kebajikan dan kerukunan rakan-rakan kita mestilah dirindui ibarat watak pemimpin soleh seperti umar yang malam harinya selalu dihabiskan mengintai-intai kesusahan raknyatnya sehingga kalau mati seekor kambing di sungai daljallah, maka umar bertanggungjawab! Walhal jarak pusat pentadbiran dengan sungai daljallah beribu batu jauhnya. Itulah contoh perjuangan kita membela kebajikan rakan-rakan kita dari terpekik terlolong inginkan kuasa dan haq yang dimana mereka muncul hanya bila musimnya. Dimanakah mereka sebelum ini?

Teman

Kini padang sudah disediakan, lampu sudah dinyalakan, penonton dan penyokong sudah memenuhi tempat, tinggal kita yang diperlukan untuk memberikan khidmat sebagai penyokong kedamaian kampus tercinta, tetapi ingatlah halusilah gerak nafas perjuangan kita agar tidak lari dari pandangan allah. Perjuangan yang bathil mesti dilawan dengan yang haq bukan dengan kebhatilan juga. Aku bimbang akan diri kita kalau langkah-langkah kita akhirnya terbenam dalam pujian dan sanjungan. Janganlah kuasa dan agenda peribadi menjadi matlamat. Kita sanggup berkorban masa dan tenaga membela kebajikan serta kedamaian dan apabila kuasa dan agenda peribadi menjadi matlamat dan bukannya alat maka berlakulah pertikaian, dan ketika itu kita bukan sahaja dihina dan tidak dihiraukan oleh dunia, maka allah pun berlepas tangan pada nasib kita.

Ayuh bangkitlah kita meneruskan kecemerlangan kepemimpinan aspirasi universiti.

No comments: