Sunday, February 20, 2011

Melampau!!!

seawal jam 7 pagi kampus dikejutkan dengan insiden kenderaan seorang pegawai di Bhep iaitu En Pauzi Abdul Karim telah disimbah cat. kejadian berlaku di kediaman beliau di kolej KMR. Nama En Pauzi atau lebih popular dipanggil En Pau baru-baru ini turut dikaitkan dengan jentera pergerakan aspirasi ketika penyerahan memorandum di bahagian Pentadbiran UPM. adakah kejadian ini merupakan satu bentuk ancaman kepada beliau dan keluarga beliau?

kami akan cuba memuat naik gambar kereta yang disimbah cat merah. difahamkan ketika ini beliau sedang berada di balai polis Sri Serdang untuk membuat laporan polis.


* Siapa yang melakukan perkara ini harus bertaubat!!!


1 comment:

Anonymous said...

Seorang calon Pro M UM telah diculik dan disembunyikan selama beberapa jam.