Thursday, February 24, 2011

BERSATULAH KITA SEMUA

Ayuh rakan-rakan tidak kira dari semua golongan,

bersatulah kita menolak keganasan,

kita mahu universiti kita sentiasa aman,

untuk meneruskan perjuangan yang masih tidak kecapaian.


apa yang berlaku jadikan sempadan

agar tidak berlaku konflik berterusan

orang di luar bertepuk tangan

kita mahasiswa seburuk pandangan


kita bersatu menuntut ilmu

jangan di lupa apa yang fardhu

jangan diulang perkara yang lalu

kita kembali kepada nawaitu


pro militan sedarlah diri

tidak terlepas perkara yang keji

apa guna segala emosi

inilah hakikatnya bila demontrasi.


ayuh mahasiswa rapatkan pegangan

kita bela kebajikan rakan dan taulan

kepada yang menang jadikan cabaran

terus berbakti buktikan kesungguhan.




1 comment:

Anonymous said...

Assalamualaikum,
aku ni student biase jek, stlh aku bce bnde ni, aku nk cadangkanla.... cadangan jek, cdgn aku, pro aspirasi dan pro M bncang satu meje, cari satu titik persamaan untuk bersatu, kalo tak silap aku, due2 pro ni memperjuangkan kebajikan mahasiswa tapi berlainan pemikiran terhadap pentadbiran UPM, tu yg aku phm la...
ape kate korang gunekan titik persamaan korang untuk bersatu, berkawan, bertukar pendapat, dari 2 aku yakin korang takkan bermusuhan dan mahasiswa lagi terbela dgn gabungan korang, aku ni suara kecil jek, student biase yg sedih tgok budak2 yg korang labelkan MILITAN ni..... atleast dgn ade nye gabungan korang 2, nasihat dan pandagan boleh dikongsi sblm melakukan pape....