alhamdulillah...
maka bermulanya hari program pemilihan majlis perwakilan pelajar upm sesi 2011/2012 telah pun bermula. kami akan memuat naik gambar-gambar sepanjang hari ini untuk hari yang pertama
alhamdulillah...
maka bermulanya hari program pemilihan majlis perwakilan pelajar upm sesi 2011/2012 telah pun bermula. kami akan memuat naik gambar-gambar sepanjang hari ini untuk hari yang pertama
nantikan video khas dari kami mengenai insiden yang berlaku di putra food court hari tu. sementara menanti video ini dimuatnaik, marilah kita bersama-sama menghayati perjuangan rasulullah yang tercinta.
ingin tau bagaimana kelakuan-kelakuan rakan-rakan kita di universiti-universiti lain ? video boleh didapati di you tube. Taib sahajalah pmiukm berkonvoi, pmium, serta berberapa lagi kejadian di usm,upm dan sebagainya....
Kutbah Akhir Nabi Muhammad S.A.W
"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.
"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.
"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.
"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada umatmu.
Bukan sahaja mereka telah mengasari pengawal UPM secara live, secara maya (facebook) mereka turut mengutuk kepemimpinan Universiti kita. Print screen diatas diambil dari page UNI BREAKINGNEWS.
Pelbagai cacian dan tomahan boleh kita baca tanpa sebarang editing dari pentadbir fb pro Mahasiswa UPM.
Beginikah pemimpin yang harus kita pilih?

TEMAN
Dekatkanlah dirimu dengan amalan takwa atau dekatkanlah dirimu dengan orang-orang yang bertakwa. Mata dari tubuh tempatnya kepala. Mata dari jiwa tempatnya di hati. Tubuh apabila dipukul tidak begitu sakit,yang paling sakit adalah jiwa sedangkan tubuh hanyalah tempat persinggahan sementara. Mata hati dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, kerana pandangan mata hatilah nabi Ibrahim tidak gentar dibakar dan mashitah tidak gentar direbus firaun.
Teman
Perang menentang hawa nafsu dan godaaan syaitan ini ramai manusia yang tewas. Tentera-tentera nafsu dan syaitan terlalu gagah untuk ditewaskan jika kita tidak memiliki senjata iman dan takwa. Oleh itu wahai teman antara pesanku dalam warka cinta ini janganlah kita terlalu cepat jatuh cinta dan terpedaya oleh manisnya senyuman dunia kerana mendung awan yang tebal itupun pada mulanya juga kelihatan cahaya terang dan janganlah kita tertipu dengan senyuman dunia sesungguhnya racun itu dalam manisan.
Teman
Berhatilah dengan orang yang sentiasa memuji dan memuja kita kerana pujian meskipun tidak mengeyangkan tetapi manusia selalu menyukainya dan meskipun celaan tidak merugikan tetapi manusia membencinya. Sebab itu baiklah kita sentiasa mendengar celaan dari menerima pujian kerana disitulah kita terbangun dari kelalaian tetapi teman yang selalu memuji sering membuatkan kita tidak kenal diri. Didalam kita mengharungi perjalanan tinggalkanlah pakaian sombong kerana ia akan menjauhkan orang yang mahu menunjukkan jalan kebaikan dan ingatlah barangsiapa yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari sifat sombong, nescaya dia akan ditelangkupkan oleh Allah mukanya ke dalam api neraka.
Teman
Marilah kita meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepemimpinan aspirasi universiti ibarat hadirnya mentari pagi di mana datangnya cahaya membawa udara segar bilamana kasih sayang dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kedamaian melata di tengah masyarakat. Usahlah kita terpengaruh dengan angin hitam yang mengganggu kedamaian kampus kita ini. Keadilan senantiasa wujud bagi yang haq. Tanggungjawab kebajikan dan kerukunan rakan-rakan kita mestilah dirindui ibarat watak pemimpin soleh seperti umar yang malam harinya selalu dihabiskan mengintai-intai kesusahan raknyatnya sehingga kalau mati seekor kambing di sungai daljallah, maka umar bertanggungjawab! Walhal jarak pusat pentadbiran dengan sungai daljallah beribu batu jauhnya. Itulah contoh perjuangan kita membela kebajikan rakan-rakan kita dari terpekik terlolong inginkan kuasa dan haq yang dimana mereka muncul hanya bila musimnya. Dimanakah mereka sebelum ini?
Teman
Kini padang sudah disediakan, lampu sudah dinyalakan, penonton dan penyokong sudah memenuhi tempat, tinggal kita yang diperlukan untuk memberikan khidmat sebagai penyokong kedamaian kampus tercinta, tetapi ingatlah halusilah gerak nafas perjuangan kita agar tidak lari dari pandangan allah. Perjuangan yang bathil mesti dilawan dengan yang haq bukan dengan kebhatilan juga. Aku bimbang akan diri kita kalau langkah-langkah kita akhirnya terbenam dalam pujian dan sanjungan. Janganlah kuasa dan agenda peribadi menjadi matlamat. Kita sanggup berkorban masa dan tenaga membela kebajikan serta kedamaian dan apabila kuasa dan agenda peribadi menjadi matlamat dan bukannya alat maka berlakulah pertikaian, dan ketika itu kita bukan sahaja dihina dan tidak dihiraukan oleh dunia, maka allah pun berlepas tangan pada nasib kita.
Ayuh bangkitlah kita meneruskan kecemerlangan kepemimpinan aspirasi universiti.