Friday, February 11, 2011

Khutbah Akhir Nabi Muhammad S.A.W

Kutbah Akhir Nabi Muhammad S.A.W

"Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu, dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini.

"Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi. Ingatlah bahawa sesungguhya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba, oleh itu, segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

"Wahai manusia sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak ke atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak diberikan makan dan pakaian, dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

"Wahai manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah solat lima waktu, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadah haji sekiranya kamu mampu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh.

"Ingatlah, bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu, awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

"Wahai manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al-Qur’an dan Sunnahku.

"Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalah-Mu kepada umatmu.

Wednesday, February 9, 2011

seperti yang diminta....








gambar mereka-mereka yang terlibat.....

adakah ini semua fitnah dan dusta belaka......

Tuesday, February 8, 2011

EDISI KHAS MINGGU NI

Bukan sahaja mereka telah mengasari pengawal UPM secara live, secara maya (facebook) mereka turut mengutuk kepemimpinan Universiti kita. Print screen diatas diambil dari page UNI BREAKINGNEWS.

Pelbagai cacian dan tomahan boleh kita baca tanpa sebarang editing dari pentadbir fb pro Mahasiswa UPM.


Beginikah pemimpin yang harus kita pilih?



NANTIKAN EPISOD KHAS BAGAIMANA MEREKA BERJAYA MENGASARI PENGAWAL UPM!!


Monday, February 7, 2011

PESANAN BUAT SEMUA TEMAN

TEMAN

Dekatkanlah dirimu dengan amalan takwa atau dekatkanlah dirimu dengan orang-orang yang bertakwa. Mata dari tubuh tempatnya kepala. Mata dari jiwa tempatnya di hati. Tubuh apabila dipukul tidak begitu sakit,yang paling sakit adalah jiwa sedangkan tubuh hanyalah tempat persinggahan sementara. Mata hati dapat melihat apa yang tidak dapat dilihat oleh mata biasa, kerana pandangan mata hatilah nabi Ibrahim tidak gentar dibakar dan mashitah tidak gentar direbus firaun.

Teman

Perang menentang hawa nafsu dan godaaan syaitan ini ramai manusia yang tewas. Tentera-tentera nafsu dan syaitan terlalu gagah untuk ditewaskan jika kita tidak memiliki senjata iman dan takwa. Oleh itu wahai teman antara pesanku dalam warka cinta ini janganlah kita terlalu cepat jatuh cinta dan terpedaya oleh manisnya senyuman dunia kerana mendung awan yang tebal itupun pada mulanya juga kelihatan cahaya terang dan janganlah kita tertipu dengan senyuman dunia sesungguhnya racun itu dalam manisan.

Teman

Berhatilah dengan orang yang sentiasa memuji dan memuja kita kerana pujian meskipun tidak mengeyangkan tetapi manusia selalu menyukainya dan meskipun celaan tidak merugikan tetapi manusia membencinya. Sebab itu baiklah kita sentiasa mendengar celaan dari menerima pujian kerana disitulah kita terbangun dari kelalaian tetapi teman yang selalu memuji sering membuatkan kita tidak kenal diri. Didalam kita mengharungi perjalanan tinggalkanlah pakaian sombong kerana ia akan menjauhkan orang yang mahu menunjukkan jalan kebaikan dan ingatlah barangsiapa yang ada dalam hatinya seberat biji sawi dari sifat sombong, nescaya dia akan ditelangkupkan oleh Allah mukanya ke dalam api neraka.

Teman

Marilah kita meneruskan kesinambungan kecemerlangan kepemimpinan aspirasi universiti ibarat hadirnya mentari pagi di mana datangnya cahaya membawa udara segar bilamana kasih sayang dan berpesan-pesan kepada kebenaran dan kedamaian melata di tengah masyarakat. Usahlah kita terpengaruh dengan angin hitam yang mengganggu kedamaian kampus kita ini. Keadilan senantiasa wujud bagi yang haq. Tanggungjawab kebajikan dan kerukunan rakan-rakan kita mestilah dirindui ibarat watak pemimpin soleh seperti umar yang malam harinya selalu dihabiskan mengintai-intai kesusahan raknyatnya sehingga kalau mati seekor kambing di sungai daljallah, maka umar bertanggungjawab! Walhal jarak pusat pentadbiran dengan sungai daljallah beribu batu jauhnya. Itulah contoh perjuangan kita membela kebajikan rakan-rakan kita dari terpekik terlolong inginkan kuasa dan haq yang dimana mereka muncul hanya bila musimnya. Dimanakah mereka sebelum ini?

Teman

Kini padang sudah disediakan, lampu sudah dinyalakan, penonton dan penyokong sudah memenuhi tempat, tinggal kita yang diperlukan untuk memberikan khidmat sebagai penyokong kedamaian kampus tercinta, tetapi ingatlah halusilah gerak nafas perjuangan kita agar tidak lari dari pandangan allah. Perjuangan yang bathil mesti dilawan dengan yang haq bukan dengan kebhatilan juga. Aku bimbang akan diri kita kalau langkah-langkah kita akhirnya terbenam dalam pujian dan sanjungan. Janganlah kuasa dan agenda peribadi menjadi matlamat. Kita sanggup berkorban masa dan tenaga membela kebajikan serta kedamaian dan apabila kuasa dan agenda peribadi menjadi matlamat dan bukannya alat maka berlakulah pertikaian, dan ketika itu kita bukan sahaja dihina dan tidak dihiraukan oleh dunia, maka allah pun berlepas tangan pada nasib kita.

Ayuh bangkitlah kita meneruskan kecemerlangan kepemimpinan aspirasi universiti.

Saturday, February 5, 2011

SELAMAT KEMBALI

Selamat pulang ke kampus serta meneruskan pengajian kita setelah seminggu bercuti di kg halaman serta rumah masing-masing

warga mediakampus akan sentiasa mengemaskini halaman ini untuk menyampaikan berita-berita berkaitan kampus UPM tercinta ini.

pasti selepas ini kampus kita akan dihangatkan dengan program-program anjuran pelajar serta program-program yang berkaitan pemilihan MPP kita untuk tahun ini.


nantikan video serta gambar panas dari kami berkaitan ketidaksopanan rakan kita yang menggelarkan diri mereka pejuang pelajar@penganggu ketenteraman kampus..ERK!!!

Wednesday, February 2, 2011

AUKU

sekiranya kita menggesa kenapa mereka tidak dikenakan tindakan AUKU kerana dengan jelas mereka telah menyebabkan perkara2 berikut :


WARTA KERAJAAN

AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI 1971

KAEADAH-KAEDAH UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

(TATATERTIB PELAJAR-PELAJAR) 2005

BAHAGIAN II TATATERTIB AM

LARANGAN AM

KAEDAH 3 : SESEORANG PELAJAR TIDAK BOLEH

Bhgn d : melarang, menghalang atau menganggu atau menyebabkan supaya dilarang,dihalang atau diganggu, mana-mana pegawai atau pekerja Universiti atau mana-mana orang yg bertindak di bawah arahan atau kebenaran pegawai atau pekerja itu, daripada melakukan kerja,kewajipan atau fungsinya.

KAEDAH 9 : MENGANJURKAN PERHIMPUNAN

9.(1) tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh,tanpa kebenaran Naib Canselor terlebih dahulu, mengadakan,menganjurkan atau memanggil atau menyebabkan supaya diadakan, dianjurkan atau dipanggil atau dengan apa-apa cara terlibat dalam pengadakan,penganjuran,atau perhimpunan lebih dari lima orang dalam mana-mana bahagian kampus.

KAEDAH 10 : PEMBESAR SUARA

10.(1) tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh memiliki,atau menggunakan atau mempunyai dalam milikan, jagaan atau kawalannya bagi maksud ucapan awam,apa-apa pembesar suara,pelaung suara,penguat suara atau alat seumpamanya yang lain tanpa kelulusan Naib Canselor terlebih dahulu

KAEDAH 11 : SEPANDUK

11. tiada pelajar, pertubuhan, badan atau kumpulan pelajar boleh:

C) memiliki atau mempunyai dalam milikannya,jagaannya atau kawalannya.apa-apa bendera,sepanduk,pelekat,poster,lambing atau alat lain yang membawa kepada keadaan tidak berdisiplin,kekacauan,keingkaran atau pelanggaran kaedah-kedah ini.

KAEDAH 22 : MEMBUAT BISING

22) seseorang pelajar tidak boleh membuat apa-apa bunyi bising,atau menyebabkan apa-apa bunyi bising dikeluarkan,dengan apa-apa cara jika bunyi atau bising itu menyebabkan atau mungkin menyebabkan kemarahan atau ganguan kepada mana-mana orang di dalm kampus.


tetapi kami berharap mereka yang melakukan kekacauan di dalam universiti tidak dikenakan hukuman. bimbang apakah nasib dia selepas ini....mereka di dalam keadaan terdesak!!!

Tuesday, February 1, 2011

INFO TERKINI

INFO TERKINI TARIKH PMPP UPM

TARIKH PENAMAAN : 17/2/2011

TARIKH PEMBUANGAN UNDI : 21/2/2011

TEMPOH KEMPEN : 3 HARI

UNTUK MAKLUMAT LANJUT....