Tuesday, August 16, 2011

salam nuzul quran

kami warga mediakampusupm mengucapkan alhamdulillah dan tahniah kepada para pembaca kerana kita sudah pun memasuki fasa yang ke 2 di bulan ramadhan serta kita bertuah kerana masih diberi kesempatan untuk beribadah serta menjalankan amanah allah s.w.t seperti yang disampaikan oleh rasullullah s.a.w kepada kita serta kitab yang diperturunkan kepada nabi muhammad s.a.w, iaitu al-quran. sesungguhnya tiada kitab yang lebih berharga selain al quran yang telah dipeturunkan di bulan ramadhan. dan sesungguhnya bulan ramadhan juga mengandungi 1 malam yang lebih baik dari seribu malam iaitu malam lailatul qadar. marilah kita sama meningkatkan lagi amalan kita dan kita bermohon agar amalan kita diterima oleh allah s.w.t.... amin

# dikesempatan ini juga kami melahirkan rasa dukacita dengan tulisan yang dikeluarkan oleh seorang ahli MPPUPM kita seperti yang terkandung dari blog sahabat kami iaitu (klik). kami bukan ingin mempromosikan blog mereka tetapi kami berasa luahan seorang yang telah pun dipilih menjadi pemimpin kita seolah-olah mendokong pluralisme di dalam agama, para pembaca boleh melayari pemdapat serta komen-komen yang diterima mengenai isu kunjungan JAIS di sebuah Pusat komuniti yang diulas mereka di sini. di dalam kita sedang beribadah mungkin kita terlalai untuk sama-sama menyampaikan dakhwah sesama kita dan sesungguhnya marilah kita sama memastikan perkara ini tidak berlaku lagi serta marilah kita meningkatkan lagi amalan,takwa serta keimanan kita. semoga kita semua mendapat hidayah dari allah s.w.t.