Tuesday, March 29, 2011

sekadar renungan...

Rasulullah saw pernah bersabda, "Akan muncul diakhir zaman nanti, suatu kaum (atau kumpulan) yang terdiri daripada orang-orang muda yang masih mentah fikirannya (cetek fahaman agamanya). Mereka banyak menggunakan khairul bariyyah, iaitu firman ALLAH dan hadis Rasul, tetapi iman mereka masih lemah. Pada hakikatnya mereka telah keluar daripada Islam saperti anak panah yang lepas dari busurnya. Dimana sahaja kamu dapat menemuinya, maka hapuskanlah mereka itu, siapa yang menghapus mereka, kelak akan mendapat pahala dihari kiamat".(Hadis riwayat Bukhori Muslim dipetik didalam kitab "Peringatan di Akhirul Zaman" mukasurat 7).

Rasulullah berpesan, selain daripada menghafal dan mengamalkan sepuluh ayat pertama surah Al-Kahfi, bacalah juga satu do'a selepas tahayyat akhir tetapi sebelum salam, dengan do'a ringkas saperti berikut: "Allahhumma inna a 'uzubika min 'aza bil qobr, wamin 'azaa bijahannam, wamin fitnatil mahya wal mamat, wamin fitnati al masihi Dajjal - Ya ALLAH, aku mohon perlindingan daripada fitnah kubur, dan fitnah jahanam, dan fitnah hidup & mati, serta fitnah Al Masih Dajjal".

dipetik dari blog zul4kulim.blogspot.com


Thursday, March 24, 2011

takziah

kami mengucapkan takziah kepada saudara Arif dan Azhar @ kemba dan kembi di atas pemergian ayahanda mereka berdua ke Rahmatullah semalam. semoga roh nya ditempatkan bersama-sama org yang beriman.

alfatihah..

Sunday, March 20, 2011

KELUHAN....

WAU..siapa ada membaca surat khabar kompak KOSMO mengenai cafetaria yang bertaraf 5bintang di upm...hebat.

tetapi apa kata kita lihat cafeteria kolej serumpun bagaimana agaknya tahap kualiti kebersihan, ruang legar, kerusi meja makanan dan sebagainya..

mungkin MPP baharu boleh menyelesaikan perkara ini dengan baik.


tiada tv apatah lagi astro

kaunter jualan serta mini market

kerusi yang hanya menunggu masa....

lagi....

tempat membasuh tangan...alahai..

peniaga lari ( kerana kadar sewa, komisyen,potongan dsb)

kalau jatuh terduduk cnfirm nampak bintang...
lihat lah kerusi ini..

kami tak nak restoran berbintang-bintang, kerusi mewah2 ala kopitiam, ade live bola mcm kedai mamak serta haruman cafeteria seharum lavender....kami hanya mahu keselesaan ketika menjamu selera.....


# selepas ini kami akan tinjau di cafeteria di Putra..tgg episod keluhan....dan harap MPP baharu dapat memperbaiki serta menyuarakan keluhan kami ke pihak UPM Holding...


"SINERGI BAHARU MAHASISWA"

Friday, March 18, 2011

berkhidmat bersama masyarakat.

jangan lupa kawan-kawan jam 8 malam ni kat dewan banquet...

* tidak tau ape nak dibuat pada cuti semester ni?
*minat nak buat part time job,menjadi sukarelawan atau seumpamanya..
* ada 2 event besar yang akan berlangsung pada penghujung bulan 5 serta bulan 6,

1) perhimpunan sejuta belia di Putrajaya yang akan bermula
pada 27-29 mei
boleh hubungi - 03-8871 3629 / www.haribelianegara.org.my
khidmat 5000 orang sukarelawan diperlukan.

2) pembantu sukan sempena kejohanan Masum di UPM. sila rujuk poster atau berhubung terus dengan pusat sukan UPM.

dan beberapa peluang lain. kami akan cuba dapatkan maklumat beberapa event besar yang memerlukan khidmat sukarelawan...

# atau sekiranya ada maklumat lain boleh email kami di mediacampusupm@gmail.com.

"sinergi baharu Mahasiswa"


Sunday, March 13, 2011

JOM PG PECAHKAN PINTU

Dimaklumkan Timb Menteri Pengajian Tinggi yang kita kasihi akan berkunjung ke UPM :

Tarikh : 18/3/2011 (JUMAAT)

Masa : 8 malam.....(update)

Tempat : dewan Banquet UPM

Program : Majlis Aprisiasi sukan

ayuh rakan2 bloggers,pembaca2 kita berhimpun di dewan Banquet UPM. kita raikan Timb Menteri kita yang akan berkunjung ke UPM serta 1000 org rakan2 aspirasi lembah klang akan turut menyambut kehadiran dato ke UPM.

#jgn lupa buat demontrasi, rusuhan, atau ape je kerana Timb Menteri "inteligent" serta "not my job ", and a litle Mubarak dan burma pasti akan suka apa yang kita buat.

Thursday, March 10, 2011

PRINSIP RUKUNEGARA (SIRI 1)

MERUJUK KEPADA TATACARA KEMPEN PMPP





MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut :

  • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
  • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
  • KELUHURAN PERLEMBAGAAN
  • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
  • KESOPANAN DAN KESUSILAAN


#KATAKAN KEPADA KAMI BAHAWA PIHAK MILITAN TIDAK MELANGGAR PERKARA TERSEBUT...

Tuesday, March 8, 2011

KESAN


kami baru blk dari minum2 dan sembang bersama berapa rakan seperjuangan di sebuah kedai..selepas minum2 dan sembang hampir tak sedar waktu dah menghampiri jam 12, seperti biasalah kena balik sebelum jam 12. ketika melalui pintu masuk (dekat sebelah pusara abadi masyarakat cina tu) kebetulan ditahan oleh anggota keselamatan dan anggota keselamatan yang menahan kami rupa-rupanya adalah anggota yang tercedera ketika rempuhan militan tempoh hari. sembang2 dengan dia kejap dan sempatlah snap sekeping gambar. masih belum pulih sepenuhnya dan masih terasa sakit katanya.....kami doakan agar kesan dari jahitan tersebut cepat pulih dan beliau dapat terus berkhidmat dengan cemerlang.

#pintu kaca boleh diganti, peristiwa hitam boleh dilupai, tetapi parut yang diterima akan kekal sampai hujung nyawa...

KURSUS PENGKADERAN

bagaimanakah mereka mempunyai gerakan yang tersusun di semua kampus IPTA di Malaysia. dari media baharu seperti blog, fb dan sebagainya...warna baju, design baju serta video-video yang dimuat naik dan sebagainya.

Tarikh : 12/2/2011

Tempat : langgar, kota bharu kelantan

Pengisian : unit camera dan video, cara2 membuat video dan cara memainkan isu di dalam kampus serta pelbagai kaedah lain yang berkaitan PMPP.

adakah pelajar UPM turut serta.....

kemudian di UM kejadian culik berlaku dan beberapa pembongkaran berjaya dilakukan seperti yang dilaporkan di sini. serta dilaporkan pelajar terbabit turut dikesan di hari penamaan calon di kerdau( maaf sekiranya laporan ini salah.)

#Penafian : kami memohon maaf seandainya laporan di atas adalah tidak tepat. kami hanya menyampaikan berita yang kami baca di beberapa buah blog lain. dan dimaklumkan bahawa kami tiada kaitan dengan pemilik blog berkenaan.



Saturday, March 5, 2011

Friday, March 4, 2011

cubaan huru hara.....

apa ade cubaan nak huru-harakan UPM td...

ape nak buat press conference kat bangunan admin??

x serik ke militan2 ni....ish2.



Thursday, March 3, 2011

EDISI SRIKANDI

kita lihat edisi wanita pula....





srikandi2 PRO MILITAN UPM. ade x srikandi yang diimport dari luar?? pakaian semua bagus, cantik-cantik belaka. tp satu je kurang. kurang adab....

Wednesday, March 2, 2011

SELAMAT BERTUGAS KAMI UCAPKAN

Pada pagi tadi telah berlangsung upacara watikah perlantikan serta angkat sumpah MPP sesi 2011/2012 yang baharu. Tahniah kami ucapkan kepada mereka yang telah terpilih serta selamat bertugas kami ucapkan.


Tekun mendengar amanat dato' vc

Wajah-Wajah MPPUPM baharu

Antara kenamaan yang hadir

YDP MPPUPM yang baharu

Ingatlah lafaz ikrar yang telah kalian ucapkan

# Walaupun isu hitam yang berlaku di UPM masih lagi panas serta masih lagi tiada perkataan maaf, menyesal atau seangkatan dengannya muncul dari mulut mereka yang terlibat. tidak mengapalah, selagi diorg tidak menyesal dengan apa mereka lakukan, selagi itu kami dedahkan wajah mereka..

#terima kasih kepada pengirim gambar yang sudi berkongsi untuk tatapan kita bersama

"SINERGI BAHARU MAHASISWA"