Monday, February 28, 2011

PENGLIBATAN ORG LUAR.




WAJAH-WAJAH PELAJAR LUAR YANG TURUT TERLIBAT YANG TELAH MEMBAWA KEROSAKAN DI KAMPUS KITA.





KEPUTUSAN TIDAK RASMI

Berikut adalah keputusan pemilihan pemegang jawatan MPPUPM 2011

1) YDP -Iqbal Ismat Nordin

2) NYDP - Muhammad Arif Baba

3) SUA - Roslina Japar

4) BENDAHARI - Ling Li Keat


keputusan di atas adalah tidak rasmi selagi mereka tidak mengangkat sumpah serta menerima watikah perlantikan dari naib Canselor.


tahniah kepada mereka yang terpilih, selamat bertugas kami ucapkan

"SINERGI BAHARU MAHASISWA"


PEMILIHAN TOP 4

PADA MALAM NI PEMILIHAN PMPP AKAN DIJALANKAN, DI MANA CALON YANG TELAH MENANG BERTANDING BARU-BARU NI AKAN MEMILIH DARI KALANGAN MEREKA 4 WAKIL TERTINGGI SEPERTI YANG TERKANDUNG DI DALAM PERUNTUKAN AUKU IAITU :

1) YANG DIPERTUA

2) NAIB YANG DIPERTUA

3) SETIAUSAHA AGONG

4) BENDAHARI


KAMI BERHARAP MEREKA YANG DIPILIH OLEH MEREKA AKAN DAPAT BERKHIDMAT SEBAIK MUNGKIN.

"SINERGI BAHARU MAHASISWA "


#Hari ini dan semalam telah bertebaran kronologi kejadian, pihak manakah yang telah menegeluarkannya? kenapa tidak lagi menggunakan logo pro militan?...

Saturday, February 26, 2011

maher zain insyaAllah versi melayu


kepada semua rakan-rakan pembaca
seandainya kita mempunyai masalah
hayatilah lagu ini.

keganasan bukanlah jalan kita
kedamaian adalah jalan yang dicari
berundinglah sebaik mungkin


WAJAH-WAJAH SUSPEK





INI ADALAH WAJAH-WAKAH SUSPEK DARI BARISAN HADAPAN YANG MEREMPUH PINTU MASUK....ANDA ADA MAKLUMAT MEREKA? MARI KITA KONGSI...DAN KITA POST GAMBAR NI KAT UMAH MEREKA...BIAR KELUARGA MEREKA TAU PENGLIBATAN ANAK MEREKA.


#ini barisan hadapan, kami akan upload dari tukang laga, srikandi-srikandi serta nyamuk dari luar universiti...kita tunggu.

LAGI GAMBAR MANGSA MILITAN



BARU DAPAT DARI RAKAN2 FB....

Friday, February 25, 2011

DEDAHKAN

KAMI AKAN CUBA MENDEDAHKAN WAJAH-WAJAH PRO MILITAN KAMPUS SERTA BIODATA MEREKA. AGAR SENANG UNTUK MEREKA DIAMBIL BEKERJA OLEH MEREKA-MEREKA YANG BERMINAT.....KITA TUNGGU SAMA-SAMA YE.


#KALAU ADE SAPA2 YANG BERMINAT SERTA MEMPUNYAI MAKLUMAT MILITAN-MILITAN BOLEH EMAIL KAMI DI MEDIACAMPUSUPM@GMAIL.COM.

PERBINCANGAN CARA PRO MILITAN

alkisah......Setelah kita menanti dari semalam, perjanjian yang dipersetujui untuk berbincang dengan prof TNC secara baik akhirnya berlangsung juga tadi. maka penuhlah puak-puak militan ni memenuhi ruang legar kolej 13 untuk berbincang cara baik.


puak militan berkerumun datang
SRIKANDI PEMECAH PINTU TURUT HADIR

MANAKALA YANG LAIN TURUT SAMA BERTAHMID DAN BERTAKBIR MELAUNGKAN STUDENT POWE!!!


dan ketika itu semua warga kampus turut bersama mereka, kerana mereka adalah wakil mahasiswa UPM, sambil si dahi lebam dari Um(yang dah gb pun) si tangan ghaib(dari KUIS dan GAMIS) turut hadir bersama kerana mereka adalah wakil yang dipilih oleh mahasiswa serata malaysia dan akhirnya..kata persetujuan telah dicapai dan mereka semua adalah :

1) apabila dia berjanji mereka mungkiri
2) TIDAK SUKA PERBINCANGAN TETAPI DEMONTRASI
(PASAL TIMB MENTERI SUKA DIORANG DEMO)
3) MEREKA MEMANG SUKA SPIN CERITA!!

HAKIKATNYA APE YANG BERLAKU DI DEWAN KOLEJ 13 DARI JAM 1500-1700...









APA YANG BERLAKU ADALAH TAK DATANG, YILEK...LANGSUNG TIADA WAKIL MEREKA.... DAN VIDEO DI BAWAH ADALAH BUKTI DI MANA MEREKA MENGAMBIL KELUAR FAIL KETIKA PERBINCANGAN BERSAMA TNC HEPA DI BILIK BUNGA RAYA..

AYUH SAKSIKAN...


MAKA RAKAN-RAKAN AYUH FIKIRKAN SIAPAKAH MEREKA PRO MILITAN DI KAMPUS HIJAU INI

#DIFAHAMKAN ADA SATU LAPORAN POLIS DIBUAT KONONNYA MEREKA TIDAK MEMECAH PINTU TETAPI DIBUAT OLEH ANGGOTA KESELAMATAN SENDIRI....


Thursday, February 24, 2011

BERSATULAH KITA SEMUA

Ayuh rakan-rakan tidak kira dari semua golongan,

bersatulah kita menolak keganasan,

kita mahu universiti kita sentiasa aman,

untuk meneruskan perjuangan yang masih tidak kecapaian.


apa yang berlaku jadikan sempadan

agar tidak berlaku konflik berterusan

orang di luar bertepuk tangan

kita mahasiswa seburuk pandangan


kita bersatu menuntut ilmu

jangan di lupa apa yang fardhu

jangan diulang perkara yang lalu

kita kembali kepada nawaitu


pro militan sedarlah diri

tidak terlepas perkara yang keji

apa guna segala emosi

inilah hakikatnya bila demontrasi.


ayuh mahasiswa rapatkan pegangan

kita bela kebajikan rakan dan taulan

kepada yang menang jadikan cabaran

terus berbakti buktikan kesungguhan.




kami tidak akan mengeluarkan komen-komen yang mengandungi ancaman, kutukan melampau, extrim serta ugutan yang boleh menyebabkan perpecahan di kalangan pembaca. gunakanlah serta patuhi etika penulisan sebagai seorang islam.

Wednesday, February 23, 2011

UPM TANAH TUMPAHNYA DARAHKU






memandangkan isu di UPM semakin hangat kami mencadangkan agar semua warga UPM pecinta kedamaian kampus terus mengkritik rakan-rakan kita di dalam pakatan pro militan. dan ajaklah mereka ke pangkal jalan. janganlah kita menghukum mereka. biarkan mereka terus mendapatkan pembelaan pak timb menteri.

perjanjian untuk berbincang secara baik hari ini ditangguh kerana berjumpa timb menteri. sedangkan ruang telah disediakan dengan memberi alasan perkara masih hangat. Apa gunaya berjumpa Timb menteri pada hari ini????

kami mohon juga agar semua pemimpin pelbagai peringkat di dalam kampus kedamaian ini melakukan sidang akhbar mengutuk mereka yang terlibat di dalam rusuhan semalam.

mengapa pelajar harus takut dengan sokongan Timb Menteri. ini universiti kita, maka kita harus bertanggungjawab. kita datang ke universiti ini bukan untuk berpolitik.

maka besok selepas jumaat baru nak berbincang? atau ingin mendapat nasihat untuk melakukan lagi rusuhan dengan bantuan rakan-rakan militan di luar di masjid UPM atau di Kolej 13?

selepas mencuri kata pengawal mengasari, selepas pintu berderai, kata ianya provokasi, dengan berdemontrasi, disokong timb menteri, ayuh pelajar kita berdiri, menolak penyalahgunaan demokrasi, marilah kita semua bersatu hati, menjaga universiti yang kita cintai. kita mahu mereka diadili, tp bukan dengan cara sendiri.

marilah kita berganding tangan, menolak aktiviti yang penuh keganasan, kepada semua rakan dan taulan, sedarkan mereka dengan tindakan, usahla disimpan, berikan hukuman, agar terjamin rakan dan taulan.

siakap senohong, gelama ikan duri, bermula dengan berbohong, kemudia memprovokasi. bantuan luar datang mencurah api, sedangkan gagal menjaga universiti sendiri.

ayuh rakan kita tolak pro militan universiti!!!!





pakatan pro militan

hari gelap UPM. dari malam 22/2/2011-23/2/2011

pelbagai acara yang dijalankan

sehingga......

dan pelaku2nya....




dan inilah puncanya....




maka sesungguhnya manusia di dalam kerugian, melainkan mereka yang beramal soleh

kami akan upload lagi gambar kejadian serta mereka-mereka yang terlibat dengan pakatan pro militan UPM yang terdiri dari pelajar upm, pelajar ukm,kuis, dahi lebam yang dibuang um, juga kakitangan UPM sendiri dari bhgn I.OYang menjadi talibarut...kami sudah ade bukti. tgg kami dedahkan...

sekiranya anda mempunyai gambar-gambar yang ingin dikongsi, emailkan kepada kami di mediacampusupm.gmail.com.



Tuesday, February 22, 2011

keputusan rasmi

kami masih lagi menunggu keputusan rasmi PMPP kali ni. oleh hal yang demikian sebaik sahaja kami dapat keputusan rasmi baru kami akan publist calon yang menang. manalah tau ada bantahan ke seperti tahun lepas. tetapi suka juga kami ingatkan kepada mereka yang telah mendapat kepercayaan selamat bertugas, dan kepada yang kurang mendapat undian, teruskan perjuangan anda kepada Universiti serta selamat datang ke alumni org yang tewas seperti kami..hehehe

#kepada mantan MPP sesi 2010 selamat datang ke alumni pemimpin mahasiswa serta terima kasih dia atas khidmat yang telah diberikan sebelum ni.

Sunday, February 20, 2011

UPDATE





kami baru mendapat gambar kejadian...

bukan sahaja pegawai di Bhep sahaja yang kena, malah mantan naib ydp iaitu saudara zulkhairi a.k.a ketam turut dilempar cat.

Melampau!!!

seawal jam 7 pagi kampus dikejutkan dengan insiden kenderaan seorang pegawai di Bhep iaitu En Pauzi Abdul Karim telah disimbah cat. kejadian berlaku di kediaman beliau di kolej KMR. Nama En Pauzi atau lebih popular dipanggil En Pau baru-baru ini turut dikaitkan dengan jentera pergerakan aspirasi ketika penyerahan memorandum di bahagian Pentadbiran UPM. adakah kejadian ini merupakan satu bentuk ancaman kepada beliau dan keluarga beliau?

kami akan cuba memuat naik gambar kereta yang disimbah cat merah. difahamkan ketika ini beliau sedang berada di balai polis Sri Serdang untuk membuat laporan polis.


* Siapa yang melakukan perkara ini harus bertaubat!!!


AGAMA DIPERGUNA MERAIH UNDI





apalah gunanya kita menggunakan agama untuk meraih undi

hampir setiap kolej mempunyai surau serta kita mempunyai masjid yang besar

tetapi mengapa memilih kawasan tumpuan untuk melakukan solat hajat

adakah ini semua akan meraih simpati

apakah tujuan di sebalik ini semua

apakah niat disebaliknya???

kita mmg tidak tahu niat seseorang tapi apalah gunanya jika matlamat menghalakan cara

mungkin meniru kaedah politik di luar lalu diimplikasikan di dalam kampus.....

marilah kita semua bertaubat.......

kita tidak mahu agama kita diperlekehkan sedimikan rupa